awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rampas 300 tan minyak masak terpakai bernilai RM1.5 juta

Bernama
Bernama
13/05/2022
20:00 MYT
Polis rampas 300 tan minyak masak terpakai bernilai RM1.5 juta
JKDNKA bersama MPOB telah mengenal pasti modus operandi serta implikasi terhadap industri minyak sawit negara, di mana kawalan dan pemantauan secara berterusan akan dilaksanakan melalui operasi bersama. - Gambar/ PDRM
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki warga tempatan disyaki terlibat dengan sindiket menjual dan membeli minyak sawit keladak (minyak masak terpakai), yang melanggar syarat permit yang ditetapkan dalam serbuan di Sungai Buloh.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Datuk Seri Hazani Ghazali berkata lelaki berusia 34 tahun itu, ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh dan disiasat di bawah Peraturan 5 (1) Akta Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) 1998.
"Dalam serbuan pada Khamis itu, sebanyak 300 tan minyak masak terpakai yang dibeli daripada pengusaha restoran dan kedai makan sekitar Lembah Klang, dianggarkan bernilai RM1.5 juta turut dirampas," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Hazani berkata dengan kejayaan operasi itu, JKDNKA bersama MPOB telah mengenal pasti modus operandi serta implikasi terhadap industri minyak sawit negara, di mana kawalan dan pemantauan secara berterusan akan dilaksanakan melalui operasi bersama.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#minyak masak terpakai
#PDRM
#MPOB
#Bukit Aman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan