MALAYSIA
Polis rampas senjata tiruan, tahan tiga warga asing

Pistol Whalter P99 yang digunakan oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), rifle M4 Carbine dan Colt AR-15 antara ratusan senjata api tiruan yang dirampas dalam serbuan di sebuah rumah teres di Segambut hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis merampas ratusan senjata api tiruan termasuk pistol Walther P99, raifal M4 Carbine dan Colt AR-15 dalam serbuan di sebuah rumah teres di Segambut di sini, petang tadi.
Ringkasan AI
- Polis merampas ratusan senjata api tiruan termasuk pistol dan raifal dalam serbuan di sebuah rumah di Segambut, serta menahan tiga warga asing berusia 35 hingga 45 tahun.
- Senjata tiruan ini dipercayai untuk dijual secara terbuka di media sosial, dengan polis sedang menyiasat harga pasaran dan mempergiat serbuan bagi mengelak penyalahgunaan untuk jenayah.
- Kes disiasat di bawah Akta Senjata dan Akta Imigresen, dan polis menasihatkan individu yang memiliki senjata tiruan supaya melupuskannya bagi mengelak tindakan undang-undang.
Beliau berkata selain itu, polis merampas busur silang menggunakan bebola besi dan pistol lembing yang jika disalah guna boleh mengakibatkan kecederaan.
Zairulnizam berkata pihaknya turut melancarkan serbuan sama di beberapa lokasi di Selangor dan Johor dan akan mengeluarkan kenyataan media mengenai jumlah keseluruhan rampasan dan nilai, dalam masa terdekat.
Beliau berkata senjata tiruan terbabit disimpan di premis berkenaan untuk proses pembungkusan semula sebelum dipercayai dijual secara terbuka melalui platform media sosial dan pihak polis sedang menyiasat harga pasaran.
Polis, katanya akan mempergiat serbuan kerana senjata tiruan itu berpotensi disalah guna bagi tujuan jenayah dan mengesahkan terdapat beberapa kes jenayah sebelum ini melibatkan penggunaan senjata api tiruan seumpama itu.
Zairulnizam berkata kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 kerana mengimport atau memiliki senjata tiruan, Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63 serta Seksyen 39(b) akta yang sama.
Beliau berkata melalui serbuan yang dijalankan pada hari ini, pihaknya berjaya memperoleh senarai nama dan alamat individu yang telah membeli senjata api tiruan berkenaan.
Sehubungan dengan itu, beliau menasihati mereka untuk melupuskan senjata api tiruan berkenaan jika tidak mahu dikenakan tindakan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami