awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis rekod keterangan kes pelajar dibuli hingga patah tangan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/12/2021
12:01 MYT
Polis rekod keterangan kes pelajar dibuli hingga patah tangan
Polis telah memanggil dan merekod keterangan 10 pelajar senior memukul pelajar junior sehingga patah tangan kanan di asrama sebuah sekolah menengah daerah Kulim. - Gambar hiasan
KULIM: Polis telah memanggil dan merekod keterangan 10 pelajar senior memukul pelajar junior sehingga patah tangan kanan di asrama sebuah sekolah menengah daerah Kulim.
Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, polis sedang menunggu dokumen lengkap perubatan dari pihak hospital dan sekolah untuk melengkapkan kertas siasatan.
"Siasatan terperinci sedang dilakukan dan apabila lengkap kita akan serah kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya.
"Saya mengingatkan pihak sekolah tidak menyembunyikan perbuatan buli dan sentiasa mendapatkan nasihat daripada Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS),” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, hari ini.
Kamarul Zaman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 325 dan Seksyen 149 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian 1 Disember lalu, seorang pelajar tingkatan satu dilaporkan patah tangan kanan akibat dipukul pelajar senior di asrama sebuah sekolah di Kulim.
Ibu pelajar terbabit yang datang mengambil anaknya terus dibawa ke Hospital Kulim untuk pemeriksaan lanjut.
Hasil pemeriksaan, pihak hospital memaklumkan pergelangan tangan kanan anaknya patah dipercayai akibat hentakan kuat.
Ekoran itu, mangsa menceritakan kejadian kepada ibunya bahawa dia dipukul pelajar senior kerana enggan membasuh baju ketika berada di asrama.
Susulan itu, bapa pelajar itu membuat laporan polis.
Topic Berkaitan
#kes buli
#polis ambil keterangan
#pelajar senio
#junior
#Sekolah Menengah
#sekolah asrama
#Kulim
#Polis Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan