KUALA LUMPUR: Polis memanggil dua individu, Noor Suhana Ishak dan Farhan Iqbal untuk dirakam keterangan berkaitan ciapan di Twitter yang mendakwa Pemuda UMNO mengganggu ceramah Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), pada Oktober tahun lalu.
Noor Suhana yang juga pembantu Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura memberitahu, dia dipanggil ke ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, manakala Farhan yang merupakan Setiausaha Akhbar Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dipanggil ke Putrajaya untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan, pada Khamis.
"Saya telah menerima panggilan daripada pegawai penyiasat untuk dirakam keterangan di IPD Sentul pada jam 2 petang, Khamis.
"Farhan pula (dirakam keterangan) di IPD Putrajaya pada jam 10 pagi, hari sama," katanya melalui Twitter pada Rabu.
Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kes itu disiasat oleh IPD Muar, Johor.
“Pegawai penyiasat telah membuat temu janji dengan kedua-dua individu itu untuk merakam keterangan mereka.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.
Pada 17 Oktober lalu, media melaporkan ceramah MUDA dicemari insiden provokasi sekumpulan lelaki berbaju hitam dalam kejadian di Muar, Johor.
Dua klip video tular masing-masing berdurasi 1 minit 31 saat dan 45 saat memperlihatkan sekumpulan lelaki bermotosikal yang menganggu ceramah MUDA.
Bagaimanapun, keadaan terkawal dengan kehadiran anggota polis.
Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memaafkan sekumpulan anak muda yang cuba menimbulkan provokasi semasa ceramahnya itu.
Dalam satu hantaran di Facebook, Syed Saddiq menyatakan bahawa kumpulan tersebut bukanlah musuhnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 25 2023
Ceramah MUDA yang didakwa dicemari insiden provokasi sekumpulan lelaki berbaju hitam dalam kejadian di Muar, Johor, pada 17 Oktober 2022. -Gambar fail/Media sosial
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
Polis rekod keterangan setiausaha akhbar Rafizi, pembantu Rara
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kes itu disiasat oleh IPD Muar, Johor.