awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Sabah buru lelaki berpangkat 'Datuk', terlibat kes penipuan RM1.93 juta

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
28/06/2022
09:57 MYT
Polis Sabah buru lelaki berpangkat 'Datuk', terlibat kes penipuan RM1.93 juta
Polis Kontinjen Sabah memburu seorang lelaki berpangkat Datuk selepas dipercayai terlibat dengan penipuan projek naik taraf jalan raya yang tidak wujud bernilai RM1.93 juta.
KOTA KINABALU: Polis Kontinjen Sabah memburu seorang lelaki berpangkat Datuk selepas dipercayai terlibat dengan penipuan projek naik taraf jalan raya yang tidak wujud bernilai RM1.93 juta.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, individu itu yang dikenali sebagai Datuk Yusri Yusuf itu didakwa menawarkan khidmat mendapatkan kelulusan projek naik taraf jalan raya di beberapa daerah seluruh Sabah kepada mangsa dengan nilai bayaran di antara RM30,000 hingga RM650,000.
“Modus operandi lelaki itu ialah mangsa diminta membuat bayaran pendahuluan antara RM30,000 hingga RM650,000 bagi sesuatu projek.
“Semua mangsa yang terpedaya kemudiannya membuat transaksi pembayaran deposit kepada suspek sehingga kerugian keseluruhan mencecah RM1.93 juta," katanya dalam satu kenyataan media.
Pada masa yang sama Idris menasihatkan agar orang awam yang mempunyai maklumat tampil bagi membantu pihak polis menjejaki suspek.
"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berhubung suspek diminta menyalurkannya kepada pegawai penyiasat kes Inspektor Tilmanshah Wasli ditalian 0165785962 atau 088-529761 bagi membantu siasatan polis," tambah beliau.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh dikenakan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#Datuk menipu
#Datuk Yusri Yusuf
#penipuan projek jalan raya
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan