PASIR GUDANG: Polis mengesahkan tiada sebarang unsur penderaan membabitkan bayi lelaki 10 bulan di kediaman pengasuhnya di Taman Kota Masai di sini seperti yang tular di laman sosial pada Februari lepas.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Mohd Sohaimi Ishak berkata, siasatan mendapati kesan benjol di dahi dan kemerahan pada kedua-dua pipi bayi berkenaan adalah kesan terjatuh di lantai.
"Kita menerima laporan daripada bapa bayi berkenaan yang juga warga tempatan berusia 27 tahun memaklumkan telah menghantar anaknya ke rumah pengasuh iaitu seorang wanita tempatan berusia 41 tahun pada 9 pagi 23 Feb lepas di Taman Kota Masai.
"Pada 5 petang hari sama, isteri lelaki berkenaan menerima panggilan daripada pengasuh memaklumkan anak mereka jatuh tersembam di atas lantai dan apabila isteri pengadu mengambil anaknya dari rumah pengasuh dia kesan kecederaan benjol pada bahagian dahi dan kemerahan pada kedua belah pipi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Suhaimie berkata mangsa kemudiannya telah dirujuk ke Hospital Sultan Ismail untuk pemeriksaan yang mendapati dia mengalami kecederaan ringan di bahagian kiri dan atas kepala akibat terjatuh di atas lantai.
"Tiada kesan dipukul di anggota badan bayi berkenaan serta emosinya juga didapati interaktif, ceria dan stabil dan siasatan juga mendapati bayi berkenaan juga dihantar ke rumah pengasuh sebaliknya bukan pusat jagaan seperti dalam maklumat yang tular.
"Kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor dan keputusan kes tiada tindakan selanjutnya kerana tidak wujud elemen kesalahan pengabaian, penganiayaan, pembuangan atau pendedahan terhadap mangsa yang jatuh tersembam," katanya.
Pada 23 Feb lepas, seorang wanita memuat naik imej bayi lelakinya yang serta khuatir cahaya matanya itu menjadi mangsa penderaan. Perkongsian itu menerima reaksi pelbagai pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2023
Siasatan mendapati kesan benjol di dahi dan kemerahan pada kedua-dua pipi bayi berkenaan adalah kesan terjatuh di lantai. -Gambar hiasan
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.
Bayi lelaki enam bulan maut dipercayai lemas dalam selimut
Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut dipercayai akibat lemas dalam selimut di rumah pengasuhnya di Merlimau di sini pagi tadi.
Muhammad nama bayi lelaki paling popular di England, Wales pada 2023
Nama Muhammad telah berada dalam senarai 10 nama teratas bagi bayi lelaki di England dan Wales sejak 2016.
Kerajaan Australia tanggung subsidi vaksin RSV untuk wanita hamil, bayi
Wanita yang hamil antara 28 hingga 36 minggu layak menerima vaksin percuma mulai Februari.
Raja Ilya selamat lahirkan bayi seberat 4.7kg di Australia, beri nama Royal Abraham
Raja Ilya meluahkan rasa syukur selepas menjalani pembedahan melahirkan bayi lelaki seberat 4.7 kilogram itu.
Pengasuh taska didakwa sebabkan bayi cacat kekal
Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan.
Bayi lelaki 30 hari meninggal dunia selepas diberi susu di pusat jagaan berpantang
Bayi lelaki berusia 30 hari meninggal dunia selepas didapati tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaga bayi tersebut di sebuah pusat jagaan berpantang.
Mayat bayi di bawah simen, polis guna saluran diplomatik kesan suspek
Ketika ini usaha mengesan suspek, seorang wanita warga Indonesia yang juga penyewa terakhir rumah berkenaan masih dijalankan.
Bayi tercampak dalam tali air: Polis ambil keterangan 11 individu
Seramai 11 individu dipanggil untuk diambil keterangan oleh polis susulan kes seorang bayi maut selepas motosikal dibonceng tercampak ke dalam tali air dalam Kampung Tok Belian.
Anak pengasuh didakwa lakukan amang seksual terhadap bayi 10 bulan
Seorang anak pengasuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang bayi perempuan berusia 10 bulan, bulan lepas.