Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyarankan kerajaan menyegerakan pelaksanaan sistem pendaftaran nombor plat pintar atau e-plat bagi membanteras kegiatan jenayah kenderaan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata e-plat merupakan kad pengenalan elektronik kereta yang mempunyai data rekod kenderaan yang diseragamkan.
Sistem e-plat, yang menggunakan teknologi mikrocip atau Radio Frequency Identification (RFID), diguna pakai di beberapa negara maju seperti Perancis dan Australia.
"Dengan adanya e-plat ini, kita dapat mengesan penjenayah yang menggunakan nombor pendaftaran palsu selain dapat mengelak kenderaan daripada dicuri.
"Penggunaan e-plat di semua kenderaan akan membantu mengurangkan jenayah di mana data yang direkodkan dalam e-plat membantu polis mengesan lokasi kenderaan yang dicuri," katanya pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan sumbangan Mitsubishi Lancer GT 2.0 oleh PLUS Malaysia Bhd di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.
Beliau berkata e-plat boleh dibaca secara 'wireless' serta ia juga menyukarkan penjenayah untuk mencuri dan melakukan jenayah menggunakan kenderaan.
Sementara itu, Khalid berkata laporan kemalangan boleh dibuat di semua balai polis seluruh Malaysia dan bukan sahaja di balai trafik.
"Sebagai contoh jika kemalangan berlaku di Johor, laporan boleh dibuat di Perlis. Ia tidak mempunyai sebarang masalah kerana sejak sistem laporan talian polis (PRS) dilancarkan pada tahun 2011, ia berjalan dengan baik serta boleh digunakan di seluruh negara kecuali di Sabah dan Sarawak," katanya.
Beliau berkata sistem itu akan memudahkan pengguna jalan raya untuk membuat laporan kemalangan.
Khalid berkata pelaksanaan sistem itu belum dilaksanakan sepenuhnya di Sabah dan Sarawak berikutan permukaan negeri itu yang luas serta berbukit-bukau.
Katanya ia akan dilaksana dan diintegrasikan secara berperingkat.
Bernama
Thu Jul 04 2013
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
PDRM cadang semula sistem E-Plat untuk bendung kecurian kereta
Bagi membendung kejadian curi kenderaan yang semakin berleluasa, pendaftaran nombor plat pintar atau e-plat akan dicadang semula kepada pihak berwajib dalam tempoh terdekat.