awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis selamatkan 97 warga Myanmar mangsa pemerdagangan manusia

Sinar Harian
Sinar Harian
19/02/2023
02:45 MYT
Polis selamatkan 97 warga Myanmar mangsa pemerdagangan manusia
Ketika pemeriksaan kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri sah untuk memasuki negara ini. -Gambar hiasan
KOTA BHARU: Polis menemui 78 lelaki dan 19 wanita warga Myanmar dalam serbuan di kawasan semak di tepi sawah padi Kampung Sapi, Jeram Perdah, Pasir Mas pada Jumaat yang disyaki mangsa pemerdagangan manusia.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, ketika pemeriksaan kesemua mereka tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri sah untuk memasuki negara ini.
Menurut beliau, sebelum itu sepasukan pegawai polis bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) dibantu anggota Strike Force Kompeni dan anggota Balai Polis Jeram Perdah membuat pemerhatian di kawasan berkenaan.
"Seorang lelaki yang disyaki terlibat kes pemerdagangan manusia didapati memasuki kawasan semak dengan membawa bungkusan makanan dalam keadaan mencurigakan.
"Lelaki warga Thailand itu kemudian menyerahkan makanan kepada sekumpulan lelaki dan perempuan dalam semak," katanya melalui kenyataan pada Ahad.
Tambah beliau, siasatan mendapati kesemua 97 mangsa pemerdagangan berusia 16 hingga 58 tahun dan kini ditahan bawah Akta Imigresen 1959/63.
Sementara itu jelas Muhamad Zaki, pemeriksaan lanjut ke atas lelaki warga Thailand itu menemui satu telefon bimbit, wang tunai bernilai RM3,000 disyaki hasil aktiviti pemerdagangan manusia.
"Suspek kini ditahan bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan siasatan masih diteruskan," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Pasukan Gerakan Am
#warga myanmar
#sawah padi Kampung Sapi
#Jeram Perdah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan