JOHOR BAHRU: Polis menyelamatkan empat wanita warga India dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Larkin, di sini petang semalam.
Ketua Polis Johor CP M. Kumar berkata dalam serbuan kira-kira 2.15 petang itu, polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun dan seorang wanita warga India berusia 36 tahun dipercayai berperanan sebagai pengurus rumah persundalan dan 'transporter' atau pengangkut.
"Siasatan awal mendapati kesemua mangsa yang berusia antara 24 hingga 39 tahun datang ke Malaysia dengan ditawarkan kerja dalam bidang teknologi maklumat dan sebagai pembantu rumah.
"Namun setibanya di negara ini, mangsa telah dikurung dan dipaksa menjadi pelacur dengan bayaran RM2,300 sebulan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata hasil saringan air kencing menunjukkan lelaki berkenaan positif dadah jenis Methamphetamine.
Menurut Kumar kedua-duanya direman seminggu hingga Jumaat depan manakala perintah perlindungan sementara bagi kesemua mangsa dibenarkan selama 21 hari bermula hari ini hingga 5 April depan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 serta Seksyen 55 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 16 2024
M. Kumar berkata, mangsa telah dikurung dan dipaksa menjadi pelacur dengan bayaran RM2,300 sebulan. - Gambar fail
Kru kapal dikaitkan dengan Israel dibebaskan
Iran berkata pembebasan anak kapal adalah tindakan kemanusiaan dan mereka boleh pulang ke negara mereka bersama kapten kapal.
Agensi Risikan Seoul beri amaran Korea Utara rancang serangan ke atas kedutaan
Agensi Risikan Korea Selatan mengeluarkan amaran Pyongyang sedang merancang serangan yang menyasarkan pegawai dan rakyat Seoul di luar negara, dan kementerian luar perlu meningkatkan tahap amaran untuk misi diplomatik di lima negara.
20 terkorban bas terjatuh dalam gaung di utara Pakistan
Bas berkenaan dalam perjalanan ke kawasan pergunungan utara Gilgit-Baltistan dari Rawalpindi di wilayah timur Pakistan.
MKT UMNO beri komitmen sokong kempen calon PH
Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO bersetuju untuk memberi komitmen penuh untuk membantu calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, pada 11 Mei ini.
Laluan alternatif hubungkan Sibu-Kapit akan dibina
Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).
UNESCO anugerahkan hadiah kepada wartawan Palestin
Wartawan berkenaan dianugerahkan Hadiah Kebebasan Akhbar Dunia UNESCO/Guillermo Cano 2024 pada Khamis di Chile, lapor agensi berita Jerman (DPA).
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
Mohamad wakili PM ketengah isu kepentingan Islam
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai delegasi Malaysia selaku wakil Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Sesi Ke-15 Sidang Kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Banjul, Gambia dari 4 hingga 5 Mei ini.
Malaysia berpeluang berkembang dengan kemajuan teknologi
Mengambil contoh Malaysia sebagai negara berpendapatan sederhana, beliau berkata keutamaan yang harus dilijat ia seberapa cepat teknologi berkenaan boleh disebarkan ke seluruh ekonomi, dan memanfaatkan sektor seperti penjagaan kesihatan dan pendidikan.
Rakyat perlu kuasai AI untuk tentukan sendiri nilai moral, budaya - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.berkata jika AI tidak dikuasai, nilai dan moral dalam teknologi itu akan ditentukan oleh pihak-pihak yang menguasainya terutama dari barat.
Polis minta bantuan orang ramai kesan Kasturi Bai
Orang hilang itu merupakan wanita berbangsa India dikenali sebagai Kasturi Bai Murugesu.
Devaki tokoh inspirasi kepada wanita India di Malaysia
Prabhakaran menekankan perjalanan luar biasa mendiang Devaki yang menentang arus dan meninggalkan jejak berkekalan dalam politik Malaysia.
Mitra disaran kerjasama dengan RISDA bantu wanita India ikuti TVET - Ahmad Zahid
Beliau turut berharap Mitra dapat mencari pembiayaan untuk wanita pelbagai bangsa di Bagan Datuk yang mahu mencari pendapatan sampingan.