awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Selangor jamin aspek keselamatan terbaik semasa konsert Selena Gomez

Bernama
Bernama
20/07/2016
07:53 MYT
Polis Selangor jamin aspek keselamatan terbaik semasa konsert Selena Gomez
Polis Selangor akan memastikan aspek keselamatan terbaik sepanjang berlangsung konsert Selena Gomez (gambar) yang dijadual Isnin ini. -Gambar fail
Polis Selangor memberi jaminan akan memastikan aspek keselamatan terbaik sepanjang berlangsung konsert artis Amerika Syarikat, Selena Gomez yang dijadual Isnin ini.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata langkah tersebut dibuat berikutan konsert yang bakal dianjurkan di Stadium Malawati di sini mendapat bantahan pihak-pihak tertentu.
Beliau juga berkata keputusan sama ada konsert berkenaan akan diterus atau dibatalkan bukan merupakan tanggungjawab pasukan keselamatan itu namun pihaknya tetap menjalankan tugas untuk memastikan suasana kekal aman.
"Sama ada konsert diteruskan atau tidak, penglibatan polis tetap ada sepanjang masa kerana kita perlu sentiasa berjaga-jaga.
"Jika konsert diteruskan, kita harus pastikan ia aman dan jika batal, kita kena pantau kerana mungkin ada pula pihak lain yang tidak puas hati," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas upacara pemakaian pangkat Asisten Superintenden Polis (ASP) kepada enam daripada sembilan Inspektor pelbagai bahagian Polis Kontinjen Selangor yang dinaikkan pangkat baru-baru ini.
Semalam, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan kerajaan negeri tidak mempunyai masalah untuk meluluskan penganjuran konsert penyanyi antarabangsa itu sekiranya memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas bantahan Pemuda dan Muslimat PAS terhadap penganjuran konsert tersebut.
Topic Berkaitan
#Fuad Abdul Latiff
#Polis Selangor
#Selena Gomez
#Stadium Malawati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan