awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis Selangor nafi dakwaan Klang sebagai bandar paling tidak selamat

Hilmi Malik
Hilmi Malik
04/10/2021
13:15 MYT
Polis Selangor nafi dakwaan Klang sebagai bandar paling tidak selamat
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, dakwaan laman sesawang berkenaan tidak benar dan mengelirukan kerana ia tidak berdasarkan sumber yang sahih. - Gambar fail
KUALA LUMPUR : Polis Selangor menafikan dakwaan bandar Klang sebagai lokasi yang paling tidak selamat bagi kawasan Asia Tenggara seperti yang didakwa laman sesawang “Numbeo’’.
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, kenyataan yang dibuat laman sesawang berkenaan merupakan satu perkara yang mengelirukan dan tidak benar sama sekali.
“Maklumat yang terkandung dalam artikel yang diterbitkan Numbeo berkaitan indeks jenayah dan indeks keselamatan tidak dapat dipastikan kesahihan dan sumbernya.
“Kaedah kajian dan secara kualitatif dan kuantitatif serta bilangan responden juga tidak menggambarkan atau mewakili keseluruhan masyarakat di daerah Klang, Selangor,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambahnya lagi, kadar indeks jenayah di daerah Klang masih dalam keadaan terkawal dan berada di paras rendah.
Justeru, beliau menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan laporan tersebut susulan ia tidak menggambarkan statistik serta fakta yang sebenar.
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Selangor
#Datuk Arjunaidi Mohamed
#Klang
#PDRM
#Numbeo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan