awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis serbu kondo mewah, rampas dadah RM655,000

Sinar Harian
Sinar Harian
14/08/2023
04:03 MYT
Polis serbu kondo mewah, rampas dadah RM655,000
Polis merampas 10 ketulan dadah jenis heroin base anggaran berat 3.8 kilogram (kg) dan syabu seberat 10 kg di kondominium di Cheras. - Gambar/ PDRM
KUALA LUMPUR: Taktik seorang lelaki yang menjadikan dua kondominium mewah di Cheras dan Semenyih, sebagai tempat penyimpanan dadah terbongkar selepas diserbu polis, pada Khamis.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 26 tahun di kawasan parkir kondominium di Cheras pada jam 3.15 petang.
"Kita merampas 10 ketulan dadah jenis heroin base anggaran berat 3.8 kilogram (kg) dan dadah syabu seberat 10 kg di kondominium di Cheras. Nilai keseluruhan rampasan dadah RM655,000.
"Kita turut merampas wang tunai RM10,200 dalam serbuan di kondominium di Semenyih," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Mohd Shuhaily berkata, suspek dikesan bergerak aktif sejak dua bulan lalu.
"Modus operandi suspek adalah dengan menjadikan unit kondominium mewah sebagai tempat penyimpanan dadah sebelum dijual kepada pembeli," katanya.
Beliau berkata, suspek merupakan penjaga stor dan menghantar bekalan dadah kepada pelanggan selepas menerima arahan daripada seorang lelaki tempatan yang bertindak sebagai ketua sindiket.
"Kita masih menjalankan siasatan untuk mengesan dan menangkap lelaki tersebut," katanya.
Menurutnya, suspek yang masih bujang dan tidak mempunyai pekerjaan tetap menjadikan aktiviti pengedaran dadah sebagai punca pendapatan utama.
"Hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah. Lelaki itu direman selama tujuh hari sehingga 17 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PDRM
#sindiket dadah
#kondominium mewah
#Cheras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan