awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
40,000 al-Quran dihantar ke Amerika Syarikat, Ivory Coast dan Ghana hari ini
Bank Islam lantik Raja Teh Maimunah sebagai CEO kumpulan
Gempa bumi bermagnitud 6.4 landa perairan Pacitan, tujuh cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat artikel berbaur hasutan di media sosial

Bernama
Bernama
10/09/2015
03:22 MYT
Polis siasat artikel berbaur hasutan di media sosial
Zainol meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh untuk menyertai perhimpunan itu, seperti yang disiarkan dalam media sosial tersebut. - Gambar Fail
Polis akan menyiasat sebuah artikel berbaur perkauman dan hasutan yang menyeru orang ramai menyertai Himpunan Rakyat Bersatu di ibu negara pada 16 Sept ini.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung kes berkenaan.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana cubaan menghasut. Setakat ini, polis belum menerima sebarang permohonan untuk mengadakan perhimpunan, dan polis menganggap perhimpunan ini melanggar undang-undang," katanya di sini, pada Rabu.
Sehubungan itu, Zainol meminta orang ramai supaya tidak terpengaruh untuk menyertai perhimpunan itu, seperti yang disiarkan dalam media sosial tersebut.
"Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana individu yang terlibat dalam penyebaran maklumat itu," katanya.
Maklumat mengenai perhimpunan itu telah menjadi viral melalui aplikasi WhatsApp dan laman blog tempatan.
Topic Berkaitan
#Himpunan Rakyat Bersatu
#Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948
#WhatsApp
#Zainol Samah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan