awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat cubaan seludup heroin bernilai RM431 juta ke Australia

Nailah Huda
Nailah Huda
17/10/2021
10:04 MYT
Polis siasat cubaan seludup heroin bernilai RM431 juta ke Australia
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSNJ) PDRM Datuk Razarudin Husain, pihaknya bekerjasama dengan Australian Federal Police bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSNJ) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Australian Federal Police (AFP) bagi menyiasat penahanan suspek warganegara Malaysia yang cuba menyeludup dadah jenis heroin bernilai RM431.8 juta ke Australia.
Pada Sabtu, polis Australia mengumumkan telah merampas penghantaran heroin terbesar di negara itu, iaitu sebanyak 450 kilogram.
“Media telah melaporkan seorang warganegara Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa Australia kerana cuba menyeludup masuk 450 kilogram dadah jenis heroin bernilai RM431.8 juta ke Australia.
“JSJN Polis Diraja Malaysia kini sedang bekerjasama dengan pihak Australian Federal Police (AFP) bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes berkenaan,” kata Pengarah JSJN Bukit Aman Datuk Razarudin Husain, dalam satu kenyataan.
Tegas Razarudin, segala tindakan perlu akan diambil bagi memastikan kegiatan pengedaran atau penyeludupan dadah yang menjadi ancaman negara dapat dibanteras tanpa kompromi.
Menurut polis Australia, dadah tersebut dikesan dalam kontena kapal yang mengandungi jubin seramik.
“Heroin tersebut dikesan dalam kontena mengandungi jubin seramik yang dihantar dari Malaysia ke pelabuhan Melbourne,” kata Krissy Barret, Pesuruhjaya Pemerintah Selatan Polis Persekutuan Australia dalam sidang media semalam.
“Namun, kami masih sedang menyiasat sumber asal heroin tersebut. Hasil pengesanan mendapati 12,090 bungkusan heroin dijumpai dalam kontena berkenaan.”
Suspek didakwa mengimport dan cuba memiliki dadah kawalan dalam kuantiti besar untuk pengedaran komersial, yang mana hukuman maksimum bagi kesalahan itu adalah penjara seumur hidup.
Polis menganggarkan rampasan heroin itu berjaya menyelamatkan sebanyak 225 nyawa.
Topic Berkaitan
#Seludup dadah
#Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#Australian Federal Police
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan