awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat dakwaan anggota peras ugut warga Arab di Lebuhraya PLUS

Bernama
Bernama
19/11/2024
14:18 MYT
Polis siasat dakwaan anggota peras ugut warga Arab di Lebuhraya PLUS
Polis mengesahkan menerima laporan berkenaan dakwaan seorang lelaki warga Arab Saudi diperas ugut oleh beberapa pegawai polis semasa memandu di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dalam kawasan daerah ini.
REMBAU: Polis mengesahkan menerima laporan berkenaan dakwaan seorang lelaki warga Arab Saudi diperas ugut oleh beberapa pegawai polis semasa memandu di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dalam kawasan daerah ini.
Ketua Polis Daerah Rembau DSP Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed berkata laporan polis mengenai kejadian tersebut diterimanya semalam.
"Kejadian berlaku semasa pengadu yang berusia 50 tahun sedang memandu kenderaannya di Lebuhraya PLUS arah utara dalam daerah Rembau sebelum ditahan oleh polis berkenaan.
"Lelaki itu mendakwa telah diperas ugut oleh beberapa pegawai polis dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini
Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap individu dalam pasukannya didapati melakukan kesalahan undang-undang yang boleh mencalarkan imej polis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis siasat
#anggota peras ugut
#Lebuhraya PLUS
#warga Arab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan