Polis mengesahkan menerima satu laporan berhubung beberapa das tembakan, yang didakwa dilepaskan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sebuah rumah di Kampung Melayu, Padang Besar, pada malam Selasa.
Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad yang dihubungi berkata, siasatan dalaman sudahpun dimulakan, namun beliau enggan mengulas lanjut kes berkenaan.
Sementara itu, seorang penduduk, Wan Azhar Harun, 50 tahun berkata, kejadian pada 9 malam Selasa itu mengejutkan mereka sembilan beranak, hingga menyebabkan salah seorang cucunya trauma.
Ketika itu, dia sedang bermain dengan cucunya di dalam rumah, sebelum menyedari sekumpulan lelaki bersenjata yang memakai baju-T, masuk ke halaman rumah.
Kata Wan Azhar, menantunya yang keluar meninjau ke halaman rumah, terdengar bunyi tembakan lalu meluru ke arah kereta untuk melarikan diri.
Bagaimanapun, Wan Azhar mendakwa, kereta dinaiki menantunya ditembak beberapa kali hingga menyebabkan kerosakan.
“(Ini) hal keselamatan, patutnya dia memperkenalkan diri dia sebagai anggota polis… dia nak check apa, check lal. Ni mai kot pintu belakang kita, ingat penyamun ke apa ke.
“Pastu depa melepaskan tembakan membuta tuli, kena dua buah kereta, kena menantu saya dan anak angkat saya,” ujarnya.
Kata Wan Azhar, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup CCTV rumahnya, selepas kejadian, ada beberapa anggota PGA yang berpakaian lengkap datang mengutip kelonsong peluru di rumah.
Bimbang kejadian berulang, anak ketiganya, Puteri Zafirah, 19 tahun membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, pada Rabu.
Salim Aziz
Thu Feb 13 2020
Antara peluru yang dutemui di lokasi kejadian. - Astro AWANI
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga maut termasuk suspek insiden tembakan di Toronto
Seramai tiga orang maut dalam insiden tembakan di Toronto, Kanada pada Isnin, lapor Xinhua.
10 cedera dalam insiden tembakan di Wisconsin
Sekurang-kurangnya 10 orang cedera dalam insiden tembakan awal pagi di Madison, ibu negeri Wisconsin, Amerika Syarikat (AS), pada Ahad.
Seorang maut, lima cedera insiden tembakan di New York
Seorang terbunuh manakala lima lagi cedera dalam insiden tembakan di stesen kereta api bawah tanah di Bronx, New York pada Isnin, menurut polis tempatan, lapor Xinhua.
Lelaki tahan tebusan kerana dendam di Jepun
Polis Jepun siasat motif kekecohan ditimbulkan seorang lelaki setelah drama tebusan selama lapan jam di sebuah pejabat pos yang menggemparkan negara itu berakhir.
Seorang maut, 8 cedera ditembak ketika hadiri parti di Pennsylvania AS
Seorang maut manakala lapan lagi cedera d alam kejadian tembakan besar-besaran di sebuah parti persendirian di Pennsylvania, AS, lapor Sputnik, memetik polis tempatan.
9 maut lelaki bersenjata serang bas di Ghana
Sekurang-kurangnya sembilan orang mati ditembak dan beberapa lagi cedera apabila sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali menembak sebuah bas di Wilayah Timur Hulu Ghana.
AS rekod 470 tembakan besar-besaran, 25,000 kematian berkaitan senjata api antara Jan-Ogos 2023
Menurut artikel yang diterbitkan pada Khamis, purata 22 kanak-kanak berumur 17 tahun ke bawah ditembak setiap hari.
Seorang maut, 3 cedera dalam kejadian tembakan di hotel Turki
Seorang terbunuh manakala tiga yang lain cedera dalam insiden tembakan di sebuah resort di daerah Bodrum Turki, lapor Sptunik memetik laporan media tempatan.
Lima saksi dipanggil bantu siasatan kes tembak di Kuala Gula
Lima saksi dipanggil bagi membantu siasatan siasatan polis berhubung kejadian beberapa das tembakan yang dilepaskan seorang lelaki tidak dikenali ke arah sebuah rumah di Kuala Gula, Bagan Serai.
1 maut, 2 cedera dalam insiden tembakan di Jepun
Seorang anggota tentera dari Pasukan Pertahanan Diri Darat (GSDF) maut dan dua lagi cedera dalam satu kejadian tembakan di lapang sasar GSDF di Gifu City di tengah Jepun.