GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang wanita mendakwa diintip menerusi kamera tersembunyi di dalam bilik air ketika menginap di sebuah inap desa di Jelutong, seperti yang tular melalui media sosial sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang.
Beliau berkata hasil siasatan awal mendapati pengadu merupakan seorang wanita tempatan berusia 24 tahun telah mendaftar masuk ke inap desa terbabit bersama tiga rakannya pada 5 Feb lepas untuk bercuti.
"Pada 6 Feb kira-kira 8 malam, pengadu mendakwa telah terjumpa sebuah kamera yang disembunyikan di dalam bekas pewangi ketika menggunakan tandas di dalam bilik air.
"Pengadu kemudian terus mengeluarkan kamera itu dan membuat aduan mengenai perkara berkenaan kepada pihak pengurusan inap desa sebelum ke Balai Polis Jelutong untuk membuat laporan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Razlam, hantaran berhubung dakwaan itu dikesan dimuat naik menerusi aplikasi X oleh pemilik akaun "Isu Semasa Viral" semalam dan telah tular sehingga mendapat perhatian masyarakat umum.
Beliau berkata siasatan sedang dilakukan dari pelbagai sudut, namun pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang imej atau kandungan video dalam storan kamera terbabit.
Sehubungan dengan itu, beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes berkenaan sehingga boleh menjejaskan siasatan pihak polis.
Terdahulu, berdasarkan kandungan laporan yang dimuat naik, wanita itu mendakwa dia menyedari ada lubang kecil pada bekas pewangi ketika sedang mandi, lalu membuka bekas terbabit dan mendapati ada sebuah kamera di dalamnya.
Perkara itu kemudian diadu kepada pihak pengurusan dan seterusnya ke balai polis.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 10 2024
Razlam berkata satu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan seseorang. - Gambar fail/Bernama
Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan satu paparan berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial pada Isnin.
14 maut, puluhan cedera dalam runtuhan papan iklan di India
Sekurang-kurangnya 14 terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera pada Isnin selepas papan iklan tumbang semasa cuaca buruk di ibu kota kewangan India, Mumbai.
Menyamar pegawai NSRC: ABM dan AIBIM gesa orang ramai hati-hati
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati.
Malaysia yakin capai 50 peratus tahap sara diri sektor daging 2030 - Mohamad Sabu
Negara yakin capai sasaran 50 peratus tahap sara diri (SSL) bagi sektor daging lembu menjelang 2030, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
UUM diiktiraf universiti awam nombor satu di Malaysia
Pengiktirafan yang diumumkan itu membolehkan UUM berada di tangga ke-71 terbaik dunia berbanding tangga ke-95 pada tahun lalu.
Bekas Pegawai tinggi Pertubuhan Peladang didakwa rasuah
Seorang pegawai hal ehwal ekonomi Lembaga Pertubuhan Peladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana didawka menerima suiapan dan membuat tuntutan palsu RM64,550 sejak empat tahun lalu.
Bakal jemaah terkandas, kerajaan, TH cari jalan penyelesaian terbaik
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Lembaga Tabung Haji (TH) masih dalam proses mencari jalan terbaik bagi membantu menyelesaikan isu melibatkan sekumpulan bakal jemaah Malaysia terkandas.
'Geng Bala' perdagang manusia untuk seks tumpas
Sindiket pemerdagangan manusia untuk eksploitasi seks tumpas dengan penahanan lapan individu termasuk ketua sindiket dalam enam serbuan berasingan di sekitar kawasan Johor Bahru dan Kulai.
Pengguna ChatGPT percuma boleh guna GPTs, GPT Store
Pengguna percuma juga boleh memuat naik dokumen dan meminta ChatGPT untuk merumuskannya.
Anwar terus guna platform dunia selar sikap prejudis kuasa besar
Anwar berkata sikap prejudis kuasa besar dunia jelas kelihatan, kerana cenderung menyokong sesuatu yang dilihat selari dengan agenda mereka.
Polis siasat dakwaan kamera tersembunyi di inap desa
Polis menerima laporan daripada seorang wanita mendakwa diintip menerusi kamera tersembunyi di dalam bilik air ketika menginap di sebuah inap desa di Jelutong.