NATIONAL
Polis siasat dakwaan kanak-kanak lelaki panjat sofa sebelum terjatuh

Tular hantaran di media sosial mendakwa mangsa dipercayai memanjat sofa yang berada di ruangan terbuka apartmen sebelum dilaporkan terjatuh. -Sinar Harian
PUTRAJAYA: Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian seorang kanak-kanak lelaki maut selepas didakwa memanjat sofa di ruangan terbuka di sebuah apartmen perumahan awam Presint 9 sebelum terjatuh dalam kejadian pada Sabtu.
Ringkasan AI
- Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen di Presint 9, Putrajaya, pada Sabtu.
- Polis masih menyiasat punca kejadian, termasuk dakwaan tular di media sosial bahawa mangsa memanjat sofa yang berada di ruangan terbuka apartmen sebelum terjatuh.
- Ketua Polis Daerah Putrajaya memaklumkan bahawa sofa tersebut ditemui di tingkat lapan, manakala mangsa jatuh dari tingkat tujuh, dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.
“Kes ini masih dalam siasatan untuk memberikan sebarang kesimpulan,” katanya pada Ahad.
Terdahulu, tular hantaran di media sosial mendakwa mangsa dipercayai memanjat sofa yang berada di ruangan terbuka apartmen sebelum dilaporkan terjatuh.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen perumahan awam Presint 9 di sini pada Sabtu. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami