MELAKA TENGAH: Polis Melaka Tengah sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan cubaan menculik seorang kanak-kanak perempuan di Kampung Krubong, sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ia selepas pihaknya menerima aduan daripada seorang lelaki berusia 45 tahun yang memaklumkan anak perempuannya hampir menjadi mangsa culik ketika pulang dari mengaji.
Beliau berkata, dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, dua anak perempuan serta seorang anak saudaranya sedang berjalan kaki pulang ke rumah sebelum secara tiba-tiba ditegur oleh seorang lelaki yang memakai jubah putih dan berkopiah.
“Dalam perjalanan tiga kanak-kanak ini balik mengaji, mereka telah ditegur oleh satu lelaki tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Persona berwarna perak.
“Lelaki tersebut dikatakan menarik tangan anak kedua pengadu yang berusia enam tahun masuk ke dalam kereta sebelum kakak mangsa bersama seorang lagi kanak-kanak merentap bajunya dan menyebabkan suspek terus beredar,”k atanya ketika dihubungi di sini.
Mengulas lanjut katanya, kejadian itu menyebabkan ketiga-tiga kanak-kanak itu pergi ke rumah ibu saudara mereka yang berhampiran untuk menyelamatkan diri.
Katanya, bapa mangsa turut memaklumkan terdapat orang awam yang sempat mengecam nombor pendaftaran kenderaan suspek, bagaimanapun hasil semakan dua jenis nombor yang berkemungkinan dilihat saksi mendapati, ia adalah palsu dan tidak sama dengan jenis kenderaan digunakan suspek.
"Semakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mendapati, dua jenis nombor pendaftaran kenderaan yang dicam saksi mendapati ia berdaftar atas kenderaan jenis Nissan Cefiro berwarna biru dan motosikal jenis Honda.
"Saksi juga mengesahkan Proton Persona berwarna silver yang dinaiki suspek bercat hitam di bahagian pintu pemandu," katanya.
Justeru katanya, pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil memberi kerjasama.
Shuhada Abdul Kadir
Fri Jun 17 2022
Lelaki tersebut dikatakan menarik tangan anak pengadu masuk ke dalam kereta sebelum kakak mangsa bersama seorang lagi kanak-kanak merentap bajunya dan menyebabkan suspek terus beredar.- Gambar hiasan
Wanita usung mayat bapa saudara ke bank demi tanda tangan dokumen pinjaman wang
Erika memberitahu pekerja bank bahawa bapa saudaranya mahu melakukan pinjaman sebanyak 17,000 reais (RM15,523).
Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 peringkat kebangsaan dirai di Sabah hari ini
Majlis itu membuka tirai dan menerima kunjungan orang ramai seawal pukul 10.30 pagi hingga 3 petang.
Air Sungai Pasir keruh, LRA Wangsa Maju dihenti tugas sementara
Langkah kawalan itu bagaimanapun tidak menyebabkan gangguan penyaluran air mentah ke LRA Wangsa Maju.
AWANI Pagi: Perang Israel-Iran: Perang alaf baharu?
Diskusi 8.30 pagi Sabtu bersama Jumaat bersama Pakar Hubungan Antarabangsa, Prof Dr. Ahmad Marthada Mohamed mengenai kemungkinan lebih buruk boleh dijangkakan di rantau Asia Barat selepas Israel bertindak melancarkan peluru berpandu dan membedil bandar Isfahan di Iran semalam.
Buang dua ekor itik kerana bimbang nasib malang
Siok Hui meletakkan kedua-dua itik itu dalam sebuah kotak sebelum ditinggalkan di Hutan Simpan Bukit Timah ketika kejadian pada 2020.
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Instagram tapis imej lucah dalam DM yang diterima pengguna bawah umur
Jika ia didapati konsisten dengan imej lucah, secara lalai ia akan dikaburkan dengan label mengatakan ia mungkin mengandungi kandungan yang tidak ingin dilihat pengguna.
Golongan muda alami rabun tua sebelum usia
Rabun tua atau presbiopia (presbyopia) sering dialami individu yang berusia 40 tahun, namun kini masalah berkenaan juga 'menghantui' golongan lebih muda.
Program pembangunan bakat di institusi kebajikan perlu dihidupkan semula - Nancy
Program Pembangunan Bakat terutama melibatkan kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dihidupkan semula.
Kanak-kanak ganggu jemaah di masjid: Apa hukum, tanggungjawab kita?
Didiklah anak-anak untuk mencintai masjid namun perlu mengawal mereka agar tidak mengganggu jemaah lain.
Masjid Kapitan Keling tawar hadiah kepada kanak-kanak solat tarawih
Antara hadiahnya nanti mungkin berupa peralatan permainan seperti kereta kawalan jauh, atau basikal, yang ditaja beberapa pihak.
Parental Control Tools bantu ibu bapa pantau kandungan dalam talian- Fahmi
MCMC bekerjasama dengan lima penyedia perkhidmatan telekomunikasi dalam menyediakan perkhidmatan perisian Parental Control Tools.
Hampir 31,000 rakyat Palestin terbunuh pada hari ke-156 serangan Israel ke atas Gaza
Lebih 30,960 rakyat Palestin terbunuh, kebanyakannya kanak-kanak dan wanita dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza yang telah memasuki hari ke-156, kata pihak berkuasa kesihatan di wilay
Suami pengasuh ditahan amang seksual budak asuhan
Polis memberkas seorang lelaki dipercayai melakukan amang seksual terhadap budak asuhan yang dijaga isterinya di Pandan Indah.