MALAYSIA
Polis siasat 'doktor' perdaya remaja serah gambar bogel

Mangsa menyerahkan beberapa keping gambar bogel selepas diperdaya oleh suspek yang menyamar sebagai pegawai perubatan. - Gambar hiasan
IPOH: Polis menyiasat dua laporan melibatkan kes seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang diperdaya menyerahkan gambar bogel kepada individu yang kononnya "doktor" melalui aplikasi Telegram.
Ringkasan AI
- Polis menyiasat dua laporan melibatkan seorang remaja perempuan 15 tahun yang diperdaya menyerahkan gambar bogel kepada individu menyamar sebagai doktor melalui aplikasi Telegram. Suspek mendakwa menjalankan pemeriksaan kesihatan dan meminta gambar kononnya untuk tujuan pemeriksaan kanser.
- Mangsa hanya menyedari ditipu selepas menyerahkan beberapa gambar dan membuat laporan polis kerana bimbang gambar peribadi tersebar. Kes disiasat di bawah Seksyen 15(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
- Polis menasihatkan ibu bapa dan masyarakat agar lebih peka terhadap jenayah seksual dalam talian serta tidak berkongsi maklumat peribadi dengan individu tidak dikenali. Orang ramai juga digesa mengaktifkan ciri keselamatan two-step verification di Telegram dan menghubungi pihak polis jika mempunyai maklumat berkaitan kes.
"Mangsa diminta memberikan maklumat diri dan keluarga serta menghantar beberapa keping gambar tanpa pakaian kononnya bagi tujuan pemeriksaan kanser serviks dan payudara.
"Suspek menyatakan hanya perlu menggunakan gambar mangsa sahaja tanpa pemeriksaan secara fizikal. Mangsa menyedari dirinya ditipu selepas itu membuat laporan polis kerana bimbang gambar-gambar peribadinya tersebar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hasbullah berkata ibu bapa dan masyarakat disaran lebih peka terhadap isu semasa berkaitan jenayah seksual terhadap kanak-kanak dan tidak sewenang-wenangnya berkongsi maklumat peribadi kepada individu tidak dikenali.
"Orang ramai juga disaran mengaktifkan ciri keselamatan two-step verification pada aplikasi Telegram sebagai langkah melindungi akaun media sosial dan platform komunikasi.
"Kita telah membuka satu kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 15(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Munawarah di talian 011-16240391 atau Bilik Gerakan Ibu pejabat Polis (IPD) Manjung di talian 05-688 6222, selain hotline WhatsApp 017-682 8005 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami