awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sultan Selangor mahu masalah banjir ditangani secara tuntas
Perdagangan Malaysia–AS meningkat kepada RM325.2 bilion pada 2024, dipacu eksport E&E
Kes letupan IED di Nilai tiada unsur ekstremisme, dipercayai kejadian terpencil - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat doktor rawat Maradona atas dakwaan salah laku perubatan

Agensi
Agensi
30/11/2020
02:21 MYT
Polis siasat doktor rawat Maradona atas dakwaan salah laku perubatan
LUQUE: Apa yang saya lakukan dengan Diego hingga saat terakhir, saya benar-benar yakin bahawa apa yang saya buat adalah yang terbaik untuk Diego. - AP Newsroom
POLIS Argentina menggeledah kediaman dan pejabat salah seorang doktor kepada bintang bola sepak Diego Maradona, pada Ahad.
Ini susulan siasatan berhubung salah laku perubatan hingga menyebabkan kematian legenda bola sepak berusia 60 tahun itu.
Polis mengambil rekod perubatan sebagai sebahagian siasatan.
Menurut Pakar Neurologi, Dr. Leopoldo Luque, dia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada polis.
“Adakah saya terkejut? Sudah tentu. Kerana ketika saya katakan beliau meninggal, saya tiba di tempat itu dan pejabat pendakwa (pegawai) ada di sana dan sedang bekerja.
"Saya telah bersedia untuk mereka sepanjang masa.
“Oleh kerana saya tidak berada di sana pada waktu kematiannya, mereka tidak memanggil saya untuk memberi kenyataan, tetapi saya juga tidak menyangka ini akan terjadi.
“Tetapi itu kerja mereka dan ia merupakan sebahagian prosedur undang-undang yang saya tidak tahu.
"Saya tidak akan mengkritik. Apa yang akan saya akan lakukan adalah bersedia sepenuhnya untuk pihak berkuasa,” katanya.
BACA: Peguam dakwa kematian Maradona kerana petugas kecemasan lambat bertindak
Tegasnya, rawatan yang diberikan kepada bintang bola sepak tersebut adalah terbaik buatnya.
BACA: Diego Maradona selamat jalani pembedahan akibat pendarahan di otak
BACA: Maradona discaj dari hospital selepas jalani pembedahan otak
“Saya tahu apa yang saya buat. Saya tahu bagaimana saya melakukannya, itulah yang boleh kita bincangkan.
“Tetapi dari sisi undang-undang, saya tidak faham apa yang mereka lakukan hari ini.
"Tetapi apa yang saya lakukan dengan Diego hingga saat terakhir, saya benar-benar yakin bahawa apa yang saya buat adalah yang terbaik untuk Diego,” katanya.
BACA: Argentina berkabung tiga hari mengenang pemergian Maradona
Luque mempertahankan rawatannya terhadap Maradona yang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas melakukan pembedahan otak pada 3 November lepas.
Wujud keraguan, rawatan bintang itu di kediamannya pasca pembedahan tidak memenuhi piawaian sepatutnya.
Ia termasuk khidmat pemantauan 24 jam, berhubung salah guna bahan terlarang.
Topic Berkaitan
#Diego Maradona
#Doktor
#bola sepak
#legenda bola sepak
#pakar neurologi
#Argentina
#Leopoldo Luque
#polis
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan