MALAYSIA
Polis siasat Jalur Gemilang dipasang terbalik di klinik gigi
Laporan Sinar Harian berhubung kes tular Jalur Gemilang dipasang terbalik di sebuah klinik gigi swasta di Pontian. - Foto Sinar Harian
PONTIAN: Polis membuka kertas siasatan susulan insiden Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah klinik pergigian di Pusat Perdagangan Pontian pada Rabu yang turut tular di media sosial.
Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superintendan Abdul Hamid Abdul Rahman berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berpunca daripada kecuaian pekerja klinik dan tidak mempunyai sebarang niat untuk menghina simbol kebangsaan.
“Pemilik premis telah tampil memberikan kerjasama sepenuhnya dan tindakan segera diambil bagi membetulkan kedudukan bendera,” katanya dalam kenyataan.
Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 5 Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Abdul Hamid turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi menyebarkan maklumat tidak sahih atau mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dan mengganggu ketenteraman awam.
“Jalur Gemilang adalah lambang kedaulatan negara yang wajib dihormati oleh semua lapisan masyarakat, lebih-lebih lagi sempena sambutan bulan kemerdekaan.
“Orang ramai juga diingatkan supaya memastikan pemasangan bendera dilakukan dengan betul setiap masa,” katanya.
Mereka yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian di talian 07-6871222 atau balai polis berhampiran. - Sinar Harian