awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala Super Sepanyol: Atletico bermain lebih baik, Real Madrid yang mara
EPL: Arsenal kempunan jarakkan mata, buntu diikat Liverpool
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS susulan pengumuman pembayaran gaji bukan ladang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jalur Gemilang terbalik sudah dibetulkan, 4 individu disiasat

Sinar Harian
Sinar Harian
20/08/2025
20:50 MYT
Jalur Gemilang terbalik sudah dibetulkan, 4 individu disiasat
Majlis Perbandaran Pontian mengarahkan Jalur Gemilang yang dipasang terbalik di sebuah klinik pergigian swasta dibetulkan pada petang Rabu. - Foto Facebook MPPn
PONTIAN: Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) sudah mengarahkan Jalur Gemilang yang dipasang terbalik di sebuah klinik pergigian swasta dibetulkan pada petang Rabu.
Dalam kenyataan yang di muat naik di laman Facebook MPPn, dua anggota penguat kuasa telah diatur gerak ke lokasi sebaik menerima aduan berhubung insiden tersebut.
"Hasil semakan langsung di lapangan mendapati kesalahan pemasangan bendera Malaysia dalam keadaan terbalik telah berlaku dengan digantung pada tingkap aras dua di dalam premis berkenaan.
"Bagaimanapun, setibanya di premis, didapati ia telah tamat waktu operasi dan pihak MPPn bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menghubungi pekerja premis untuk datang ke lokasi kejadian serta-merta," katanya.
Menurut kenyataan itu lagi, wakil pekerja telah hadir ke lokasi dan tindakan pembetulan telah dilaksanakan serta-merta oleh pekerja yang sama memasang Jalur Gemilang dalam keadaan terbalik.
"Tindakan pembetulan dilaksanakan segera terhadap bendera Malaysia yang terbalik dan kedudukan antara bendera Johor dan Malaysia juga diperbetulkan dengan arahan serta pemantauan bersama pihak MPPn dan PDRM.
"Hasil tindakan ini, seramai tiga wanita dan seorang lelaki telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian oleh pihak PDRM untuk siasatan lanjut.
"Pihak premis telah melakukan kesalahan di bawah UUK 45, Pengibaran Bendera, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (MDP) 2019," katanya lagi. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#bendera terbalik
#klinik gigi
#Pontian
#Klinik swasta
#Jalur Gemilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan