MALAYSIA
Polis siasat kemungkinan ada dalang di sebalik Geng Budak Sekolah

Saifuddin Nasution berkata, siasatan dikendalikan oleh Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) memerlukan penelitian cermat kerana melibatkan kanak-kanak berusia 12 tahun. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan sama ada wujud dalang di sebalik jenayah seksual membabitkan Geng Budak Sekolah.
Ringkasan AI
- PDRM sedang menyiasat kemungkinan kewujudan dalang di sebalik jenayah seksual membabitkan Geng Budak Sekolah, dengan siasatan dikendalikan oleh Bahagian D11 yang melibatkan kanak-kanak berusia 12 tahun.
- Menteri Dalam Negeri menyatakan kes ini rumit kerana melibatkan pemikiran kanak-kanak yang melihat aktiviti tersebut sebagai sumber pendapatan, dan mengaitkannya dengan modus operandi kes 'swinger' yang pernah dibongkar.
- Geng Budak Sekolah dipercayai beroperasi melalui laman sesawang dan kumpulan WhatsApp dengan 762 ahli, di mana mereka menjual gambar tubuh sendiri dan memperoleh pendapatan melebihi ibu bapa mereka.
“Buat masa ini kita belum 'establish' lagi (tentang kewujudan dalang di sebaliknya)," katanya menerusi sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini pada Rabu.
Beliau menegaskan siasatan terperinci perlu dibuat kerana melibatkan pemikiran serta keputusan seorang kanak-kanak yang sanggup meninggalkan sekolah kerana melihat aktiviti itu sebagai sumber pendapatan.
“Kes ini rumit, kita kena faham usianya, tahap pemikirannya, apa yang mendorong dia sanggup tinggalkan pelajaran kerana nampak itu sebagai lubuk untuk buat duit,” jelasnya.
Saifuddin turut mengaitkan kes tersebut dengan modus operandi serupa dalam kegiatan 'swinger' yang pernah dibongkar sebelum ini.
“Dalam kes 'swinger', modus operandinya hampir sama iaitu ada bayaran dikenakan sebelum menyertai. Bezanya, satu guna laman sesawang cari jodoh, satu lagi melalui WhatsApp. Kedua-duanya memerlukan proses pengintipan yang panjang,” katanya.
Terdahulu di Dewan Rakyat, Saifuddin mendedahkan PDRM telah menumpaskan satu kumpulan Geng Budak Sekolah yang terlibat dalam jenayah seksual, termasuk membabitkan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.
Laman sesawang itu dikendalikan bersama empat rakan lain malah mereka mempunyai satu kumpulan WhatsApp yang terdiri 762 ahli.
Mereka dipercayai mengambil gambar bahagian tubuh masing-masing, kemudian dijual yang mampu meraih pendapatan melebihi ibu bapa mereka. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami