awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat kes buli libatkan dua pelajar senior sekolah asrama

Bernama
Bernama
19/08/2025
09:53 MYT
Polis siasat kes buli libatkan dua pelajar senior sekolah asrama
Polis sedang menyiasat insiden buli melibatkan dua pelajar Tingkatan Empat yang didakwa 'menghukum' lebih 20 pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah asrama di Sungai Udang. -Gambar hiasan
MELAKA: Insiden buli melibatkan dua pelajar tingkatan empat yang dipercayai 'mengenakan hukuman' terhadap lebih 20 pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah asrama di Sungai Udang di sini pada awal pagi Sabtu lepas kini dalam siasatan polis.

Ringkasan AI
  • Polis sedang menyiasat insiden buli melibatkan dua pelajar Tingkatan Empat yang didakwa 'menghukum' lebih 20 pelajar Tingkatan Tiga di sebuah sekolah asrama di Sungai Udang.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, manakala pihak sekolah dan kerajaan negeri telah mengambil tindakan awal termasuk siasatan dalaman dan penegasan terhadap keselamatan murid.
  • Pelajar didakwa dipaksa melakukan hukuman fizikal seperti berjalan itik dan ketuk ketampi, menyebabkan kecederaan ringan serta ketakutan untuk melaporkan kejadian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kes tersebut dan dua pelajar terbabit disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
"Ia adalah bagi siasatan bagi kesalahan dengan sengaja menyebabkan cedera dan jika disabitkan boleh dipenjara sehingga setahun, denda sehingga RM2,000.
"Dalam masa yang sama, kita juga masih menunggu laporan perubatan apabila pengadu menyatakan kakinya sakit akibat hukuman tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Sementara itu, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata pihak sekolah telah mengambil langkah awal sejurus menerima laporan dengan menjalankan siasatan dalaman bagi mendapatkan gambaran menyeluruh insiden berkenaan.
Beliau menyifatkan kejadian itu sebagai satu interaksi tidak wajar antara murid senior dan junior apabila terdapat murid yang mengambil tindakan sendiri 'menghukum' rakan mereka.
Menurutnya, kerajaan negeri memandang serius perkara tersebut kerana ia melibatkan keselamatan, kebajikan serta hak murid untuk berada dalam suasana pembelajaran yang selamat, beretika dan kondusif.
"Pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka tidak akan berkompromi dalam isu ini dan siasatan akan dijalankan secara menyeluruh manakala tindakan tegas akan diambil bagi memastikan keselamatan serta kebajikan murid sentiasa terpelihara," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Rahmad juga meminta pihak sekolah memperkukuh kawalan serta mempergiat program penerapan nilai, sahsiah dan pencegahan salah laku murid dalam kalangan pelajar.
Sebelum ini, media melaporkan lebih 20 pelajar perempuan di sekolah tersebut dibuli dengan cara berjalan itik selama 30 minit serta ketuk ketampi kerana lewat pulang ke asrama minggu lepas.
Kejadian tersebut menyebabkan ada kalangan pelajar mengalami bengkak dan melecet pada kaki dan pengadu turut mengadu mangsa tidak berani mengadu kerana takut akan menjadi sasaran buli senior.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#buli
#pelajar senior
#sekolah asrama
#Sungai Udang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan