awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat laporan mengenai kenyataan Takiyuddin

Bernama
Bernama
18/06/2021
09:22 MYT
Polis siasat laporan mengenai kenyataan Takiyuddin
Polis menyiasat laporan yang dibuat terhadap Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung kenyataannya yang didakwa derhaka terhadap titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Polis menyiasat laporan yang dibuat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung kenyataannya yang didakwa derhaka terhadap titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Tanpa menyatakan akta siasatan tersebut dijalankan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata setiap aduan dan laporan polis yang diterima akan disiasat dengan teliti tanpa mengira darjat.
Menurut laporan media, Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur semalam bagi meminta polis menyiasat kenyataan Takiyuddin yang didakwa memperlekeh pandangan Seri Paduka supaya menyegerakan sidang Parlimen.
Pada Rabu, Seri Paduka menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Susulan itu, Takiyuddin dilaporkan berkata pandangan Seri Paduka berhubung persidangan Parlimen itu tidak memperincikan bila ia perlu dilaksanakan.
BACA: Sudah buka Parlimen, fokus pada COVID-19, bukan benda lain - Takiyuddin
"Biarlah polis dapatkan maklumat dahulu mengenai laporan itu dan kita tidak boleh terus kata (laporan itu) di bawah seksyen apa. Polis perlu tahu apa kesalahan dilakukan," kata Hamzah pada sidang media rangkuman operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sekatan pergerakan penuh, di sini hari ini.
Ditanya sama ada Takiyuddin akan dipanggil polis, Hamzah berkata sesiapa yang terdapat dalam laporan polis akan dipanggil dan disiasat.
"Sesiapa sahaja dalam laporan polis kita akan buat siasatan. Kita tiada darjat mengenai itu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Takiyuddin Hassan
#derhaka
#titah agong
#Yang di-Pertuan Agong
#Menteri Dalam Negeri
#Hamzah Zainudin
#Ketua Pemuda Amanah
#Shazni Munir Mohd Ithnin
#persidangan Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan