awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani ikrar perangi Islamofobia, rasisme terhadap rakyat Palestin
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sudah buka Parlimen, fokus pada COVID-19, bukan benda lain - Takiyuddin

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
17/06/2021
00:59 MYT
Sudah buka Parlimen, fokus pada COVID-19, bukan benda lain - Takiyuddin
Takiyuddin berkata pihak Kerajaan sedia terima pandangan dan saranan daripada pembangkang, asalkan ia tertumpu kepada pelaksanaan pelan pemulihan negara daripada wabak COVID-19. -Astro AWANI / Shahir Omar
KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen perlu beri tumpuan kepada saranan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah yang mahu peranan Parlimen menjadi platform penting untuk wakil rakyat membincangkan pelbagai isu, khususnya berkaitan COVID-19.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, pihak Kerajaan sedia terima pandangan dan saranan daripada pembangkang, asalkan ia tertumpu kepada pelaksanaan pelan pemulihan negara (exit strategy) daripada wabak COVID-19.
"Yang di-Pertuan Agong titah bincang isu COVID-19, jadi kita fokus tentang COVID-19. Kerajaan sedia terima pandangan dan saranan daripada pembangkang sekali pun.
"Tuanku tidak titah (untuk bincang) perkara lain. Jangan nanti bila sampai Parlimen... macam biasa, kita tahu,” ujarnya.
Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada usaha pihak-pihak tertentu yang mungkin mempunyai agenda untuk melaksanakan undi tidak percaya di Dewan Rakyat.
Mengulas mengenai pandangan Seri Paduka Baginda supaya parlimen untuk dibuka secepat mungkin, Takiyuddin berkata ia adalah selaras dengan kenyataan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memaklumkan bahawa Parlimen boleh bersidang sekitar September atau Oktober.
"Perkataan digunakan dalam kenyataan Yang di-Pertuan Agong adalah 'persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin'.
“Yang di-Pertuan Agong pun tidak menitahkan supaya persidangan Parlimen perlu diadakan pada bulan tertentu, sebaliknya secepat mungkin.
"Perdana Menteri kata pun September atau Oktober. Sekarang kita dah hampir penghujung Jun.
"Selepas ini Julai, Ogos, September, ya sudah hampir. Pasti persidangan akan diadakan," katanya dalam temu bual Bicara Harakah berjudul ‘Proklamasi Darurat: Berjaya atau Sebaliknya' pada Rabu.
Terdahulu, Muhyiddin melaporkan bahawa sidang Parlimen boleh diadakan sekitar September atau Oktober dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Beliau malah menyuarakan tekad untuk terus mendukung prinsip demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang menjadi teras kedaulatan Malaysia.
Topic Berkaitan
#Takiyuddin Hassan
#Dewan Rakyat
#Yang di-Pertuan Agong
#SOP
#undang-undang
#Malaysia
#COVID-19
#undi tidak percaya
#Muhyiddin Yassin
#Buka Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan