awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat penipuan skim pelaburan mesin layan diri babitkan kerugian RM6.7 juta

Bernama
Bernama
10/02/2025
11:16 MYT
Polis siasat penipuan skim pelaburan mesin layan diri babitkan kerugian RM6.7 juta
Ramli mengingatkan individu terkesan dengan kes penipuan supaya membuat aduan kepada agensi penguatkuasa seperti PDRM, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 58 laporan berhubung penipuan skim pelaburan mesin layan diri anjuran sebuah syarikat dengan kerugian keseluruhan berjumlah RM6.7 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata siasatan mendapati syarikat itu menawarkan beberapa pakej pelaburan mengikut jumlah keuntungan yang dijanjikan, namun gagal membayar keuntungan berkenaan.
"Kebanyakan pelabur didapati tidak mengetahui sama ada mesin layan diri yang didakwa penganjur benar-benar wujud atau sebaliknya dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut mengingatkan individu terkesan dengan kes penipuan supaya membuat aduan kepada agensi penguatkuasa seperti PDRM, Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau memfailkan tuntutan terhadap syarikat penganjur di mahkamah sivil bagi mendapatkan semula kerugian yang dialami.
"Tindakan membuat aduan kepada agensi bukan kerajaan (NGO) tidak akan membantu sama ada untuk mendapatkan semula kerugian dialami mahupun mempercepatkan siasatan oleh agensi penguatkuasa," katanya.
Semalam Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) menggesa polis menjalankan siasatan terhadap skim pelaburan berkenaan dengan mendakwa 54 individu mengalami kerugian selepas membuat pelaburan berjumlah RM1,000 hingga RM450,000 setiap seorang.
NGO itu mendakwa syarikat yang berpangkalan di Johor Bahru dan mempunyai beberapa cawangan antaranya di Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak itu menawarkan tiga pakej pelaburan kepada mangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penipuan skim pelaburan
#mesin layan diri
#Ramli Mohamed Yoosuf
#laporan polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan