Polis sedang menyiasat pemilik akaun Facebook Penangkini yang didakwa menyebarkan maklumat palsu berhubung satu kejadian pergaduhan yang berlaku di atas feri pada 12 November lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Farid Al Atrash Wahid berkata, siasatan dilakukan susulan satu laporan yang diterima daripada seorang lelaki yang tidak berpuas hati berhubung laporan yang dibuat oleh pemilik akaun Facebook terbabit.
Katanya, berdasarkan laporan polis tersebut, individu terbabit mendakwa gambarnya bersama dua lagi individu dimuat naik dilaman sesawang terbabit atas dakwaan mereka ditahan polis berhubung kejadian pergaduhan yang berlaku di atas feri.
Sedangkan, katanya, individu terbabit mendakwa tiada kaitan dalam kejadian pergaduhan itu sebaliknya mereka hadir ke balai polis kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.
“Kita (ada) siasat satu kes rusuhan di atas feri melibatkan seorang petugas feri yang dipukul oleh beberapa lelaki dan kita siasat di bawah Seksyen 147.
“Kemudian, Penangkini selepas beberapa hari, dia keluarkan berita dalam Facebooknya mengatakan tiga lelaki India telah ditahan kerana terlibat dalam kejadian pergaduhan tersebut.
“Sedangkan tiga lelaki India itu hanya datang ke balai polis untuk buat laporan polis kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. (Mereka) tiada kaitan dengan kes rusuhan di atas feri itu,” ujar Mior.
Beliau berkata, polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengesan pemilik akaun terbabit untuk siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian pada jam 9.45 malam, 12 November lalu, seorang kru feri berusia 38 tahun cedera di muka dan patah tulang rusuk kiri akibat dipukul oleh sekumpulan lelaki.
Susulan kejadian itu, polis menahan dua pelajar kolej bagi membantu siasatan serta mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai turut terlibat dalam insiden berkenaan.
Mior pada masa yang sama memberi amaran kepada pemilik-pemilik akaun Facebook agar menghentikan penyebaran berita-berita palsu termasuk mendapatkan maklumat daripada sumber yang betul bagi mengelak kekeliruan umum.
Astro Awani
Tue Dec 01 2015
MIOR: Pengguna media sosial perlu memastikan sumber yang betul sewaktu menyebarkan maklumat. - Gambar fail
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Pekerja kilang bawa dadah syabu bernilai RM100,000 direman
Seorang pekerja kilang ditahan ketika membawa dadah jenis syabu oleh sepasukan anggota polis Jumaat lepas.
Enam individu termasuk dua wanita geng pecah rumah tumpas di Pulau Pinang
Semua suspek itu ditahan selepas polis Bahagian Siasatan Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut menyerbu sebuah pusat hiburan di George Town.
Polis siasat penyebar berita palsu tentang rusuhan di atas feri
Siasatan dibuat selepas seorang lelaki tidak berpuas hati kerana telah dilibatkan dalam insiden rusuhan di feri sedangkan dirinya tiada kaitan.