awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat punca nahas kereta terjunam dalam sungai

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
26/06/2022
01:15 MYT
Polis siasat punca nahas kereta terjunam dalam sungai
Keadaan kereta mangsa yang terbabas dan terjunam ke dalam sungai ketika dikeluarkan dengan menggunakan kren. - Foto Astro AWANI
BALING: Polis menjalankan siasatan terperinci bagi mengetahui punca sebenar kemalangan yang menyebabkan tiga beranak meninggal dunia selepas kereta Proton Persona yang dinaiki mereka terbabas dan terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, Kuala Ketil pada petang Sabtu.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, setakat ini polis telah merekodkan keterangan daripada beberapa individu yang menjadi saksi dalam kemalangan jam 6.30 petang itu.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan terbabas lalu terjunam ke dalam Sungai.
"Mayat ketiga-tiga mangsa ditemui pasukan bomba dalam keadaan berpelukan di tempat duduk belakang sebaik kenderaan dinaikan ke atas jambatan pada jam 3.30 pagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: Kereta terjunam dalam sungai: Jasad tiga beranak ditemui berpelukan
Shamsudin berkata mangsa yang maut dikenal pasti Masyitoh Ibrahim, 37, dan dua anaknya, Mohd Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Mohd Ziyad Haziq, 5.
Katanya, Masyitoh merupakan guru agama Sekolah Kebangsaan Kampung Selarong manakala, kedua-dua anaknya adalah merupakan murid tahun satu dan pra sekolah di sekolah dia mengajar.
Mayat ketiga-tiga mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Sementara kenderaan yang dinaiki mangsa dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#kereta terbabas
#lemas
#Jambatan Pantai Cicar
#Shamsudin Mamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan