KUALA KETIL: Mayat tiga beranak ditemukan dalam keadaan menyayat hati berpelukan di bahagian tempat duduk belakang kereta Proton Persona yang terbabas dan terjunam ke dalam sungai di Jambatan Pantai Cicar, di sini.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufaat Kamaron berkata, mayat ketiga-tiga mangsa ditemui Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) pada jam 3.30 pagi tadi.
"PPDA yang melakukan selaman dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) berjaya mengesan kedudukan kereta di dasar sungai yang mempunyai kedalaman lebih 5 meter.
"Bomba mengambil masa hampir 10 minit untuk menaikkan kereta terbabit dengan menggunakan kren," katanya.
Menurut Syufaat, sebaik membuka pintu, mayat Mashitoh Ibrahim, 37 tahun, ditemui bersama dua anaknya, Mohd Ziyad Zikri Sharudin, 7 tahun, dan Mohd Ziyad Haziq, 5 tahun, berada di bahagian tempat duduk belakang.
"Kita dapati cermin pecah dan berlaku kerosakan di bahagian hadapan kereta. Jadi, saya percaya, mengikut SAR yang kita buat, mangsa iaitu ibu dan anak-anak ini, mungkin telah berada di belakang.
"Tetapi, pada keadaan itu, kita memang tidak dapat pastikan sama ada mereka bertiga masih bernyawa atau pun tidak," tambahnya.
BACA: Ibu, 2 anak usia 5 dan 7 tahun dikhuatiri lemas kereta terjunam ke sungai
Kesemua mayat diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Semalam, polis mengesahkan tiga beranak dikhuatiri lemas selepas kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di jambatan itu dalam kejadian yang disedari kira-kira jam 6 petang.
Sementara itu, seorang saksi, Zulkifli Shaari, 60 tahun, berkata ketika kejadian dia sedang menangkap ikan bersama rakan lain di sungai terbabit.
Katanya, kereta itu menggelongsor lalu terjunam ke dalam air.
Dia dan rakan cuba membantu namun gagal kerana arus deras dan kereta itu tenggelam dengan cepat.
Sementara itu, adik mangsa, Mohd Asyraf Ibrahim, 34 tahun, memaklumkan sebaik mengetahui kemalangan yang menimpa kakak dan anak saudaranya pada jam 8.30 malam, dia bergegas pulang dari rumahnya di Ipoh.
Dia mengakui, mereka yang merupakan anak ketujuh dan kelapan dalam keluarga memang rapat sejak kecil dan berasa sedih kerana kini tiada lagi tempat mengadu dan bermanja.
"Memang terkejut dengan kejadian ini. Kita pun tak sangka, tetapi kita reda. Semua ini sudah tertulis (sebagai takdir)," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Jun 26 2022
Bomba mengambil masa hampir 10 minit untuk menaikkan kereta mangsa yang terbabas dan terjunam ke dalam sungai, dengan menggunakan kren. - Foto Astro AWANI
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Warga emas nyaris maut kereta terjunam dalam sungai
Seorang lelaki warga emas nyaris maut apabila kereta jenis Proton Saga dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam sungai berhampiran Chalet Segantang Garam, Merbok, petang tadi.
Kereta terjunam dalam sungai: Jasad tiga beranak ditemui berpelukan
Mayat ketiga-tiga mangsa ditemui pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) pada jam 3.30 pagi tadi.
Tragedi Feri Triso: Ini adalah kecuaian sendiri, bukan jatuh feri - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mengesahkan insiden kereta terjunam ke Sungai Batang Lupar dekat Sebuyau hingga mengorbankan sembilan sekeluarga semalam adalah kecuaian sendiri.
Tragedi Feri Triso: Kaji semula SOP di jeti feri di Sarawak - Wan Junaidi
Pengusaha feri perlu mempunyai pengawal lalu lintas untuk menyelaraskan pergerakan kenderaan yang masuk dan keluar dari feri.