awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
“Mak pergi dengan satu nafas yang tenang, dia tersenyum…” - Anuar Zain sebak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis siasat skim pelaburan Al Kahtifah Trust, Madinah Mining

Bernama
Bernama
03/03/2022
03:57 MYT
Polis siasat skim pelaburan Al Kahtifah Trust, Madinah Mining
Kamarudin berkata, siasatan terperinci berhubung skim pelaburan berkenaan masih dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman sedang menjalankan siasatan terhadap dua skim disyaki pelaburan tidak wujud yang dikenali sebagai Al Kahtifah Trust dan Madinah Mining.
Pengarah JSJK Bukit Aman Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata setakat ini sebanyak 38 kertas siasatan dibuka membabitkan skim pelaburan Al Kahtifah Trust dengan kerugian sebanyak RM468,870 dan 28 kertas siasatan bagi skim pelaburan Madinah Mining melibatkan kerugian berjumlah RM343,282.
Menurutnya, siasatan mendapati kedua-dua skim pelaburan ini dikesan aktif sejak hujung tahun lepas dengan menggunakan platform media sosial untuk mencari pelabur.
"Pakej yang ditawarkan serendah RM500 dengan kadar keuntungan 100 peratus dalam tempoh satu hingga dua hari sahaja.
"Bagi meyakinkan pelabur, penganjur pelaburan ini mendakwa skim ditawarkan adalah patuh syariah dan mempunyai kelulusan daripada Bank Negara Malaysia (BNM)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Kamarudin berkata, siasatan terperinci berhubung skim pelaburan berkenaan masih dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Katanya, orang ramai diingatkan supaya memberikan perhatian dan membuat semakan lebih terperinci sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan terutama yang menjanjikan keuntungan terlalu lumayan serta mendapatkan maklumat lanjut dari sumber rasmi seperti 'semak mule' serta senarai amaran BNM, Suruhanjaya Sekuriti (EC) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebelum membuat keputusan untuk menyertai apa jua skim pelaburan.
Semalam, media tempatan melaporkan dua selebriti mendakwa nama mereka digunakan sindiket pelaburan tidak wujud dan sudah membuat lima laporan polis sejak awal tahun ini dengan terbaharu dibuat pada 25 Feb lepas di Balai Polis Kelana Jaya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JSJK Bukit Aman
#Mohd Kamarudin Md Din
#skim pelaburan
#pelabur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan