awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025

Polis tahan anggota tentera didakwa peras ugut calon Perajurit Muda

Bernama
Bernama
02/04/2017
09:22 MYT
Polis tahan anggota tentera didakwa peras ugut calon Perajurit Muda
Muhamad Zaki berkata polis kini giat mengesan empat lagi rakan subahat suspek dengan tiga daripadanya adalah bekas anggota tentera. - Gambar hiasan
Polis telah menahan anggota tentera berpangkat koperal yang didakwa melakukan peras ugut terhadap 24 calon Perajurit Muda di Mambau, Port Dickson pada Jumaat lepas.
Timbalan Ketua Polis Negeri SAC Muhamad Zaki Harun berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di kediamannya di sini pada kira-kira 3 pagi semalam.
Katanya 24 calon Perajurit Muda membuat laporan di Balai Polis Port Dickson mendakwa telah diugut untuk menyerahkan wang tunai dan telefon bimbit setelah dibawa ke stesen Petronas Batu 4, Port Dickson dan kemudian ditinggalkan di situ pada Jumaat lepas.
Polis kini giat mengesan empat lagi rakan subahat suspek dengan tiga daripadanya adalah bekas anggota tentera, katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Sebelum ini, laporan yang mendakwa seramai 24 calon Perajurit Muda lelaki telah diperas ugut oleh seorang lelaki beruniform tentera Jumaat lepas, tular di media sosial.
Muhamad Zaki berkata kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan iaitu samun berkumpulan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Muhamad Zaki Harun
#perajurit muda
#polis
#Port Dickson
#tentera
#ugut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.