awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua lelaki bertindak samseng terhadap bas henti-henti di Kulai

Bernama
Bernama
25/02/2023
11:39 MYT
Polis tahan dua lelaki bertindak samseng terhadap bas henti-henti di Kulai
Polis menahan dua lelaki tempatan apabila bertindak samseng jalanan dengan menahan sebuah bas henti-henti di Kulai, semalam. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lelaki tempatan apabila bertindak samseng jalanan dengan menahan sebuah bas henti-henti di Jalan Batu 21, Kulai Besar, di Kulai, semalam.
Ketua Polis Daerah Kulai, Supt Tok Beng Yeow, berkata suspek berusia 32 dan 42 tahun yang menaiki kenderaan jenis BMW warna hitam itu ditahan kira-kira jam 9 pagi tadi di sekitar daerah berkenaan susulan laporan dibuat pemandu bas terbabit pada jam 10.11 pagi, semalam.
"Siasatan awal mendapati myBAS yang dipandu lelaki berumur 31 tahun telah ditahan oleh BMW yang bertindak menghalang laluan bas sebelum dua individu keluar daripada kereta berkenaan dalam keadaan mabuk lalu menghampiri dan menghentak sisi bas beberapa kali menggunakan tangan.
"Bagaimanapun, tiada kerosakan dilaporkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Terdahulu, tular satu rakaman video berdurasi seminit memaparkan sebuah kereta mewah menahan bas henti-henti sebelum dua individu turun daripada kereta itu dan menghampiri bas tersebut seperti samseng.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#samseng jalanan
#bas henti-henti
#Polis Daerah Kulai
#Kulai Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan