SEPANG: Pihak polis berjaya merampas 58 kotak yang mengandungi pelbagai jenis bunga api selain menahan dua lelaki warga Bangladesh berusia 26 dan 29 tahun ketika melakukan pemeriksaan di sebuah kedai serbaneka di Putra Perdana, Sepang 17 Januari lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, ketika kejadian pihaknya sedang melakukan pemantauan operasi penjualan bunga api di sekitar kawasan tersebut.
“Semasa pemeriksaan dibuat, didapati dua lelaki warganegara Bangladesh bekerja di premis berkenaan.
“Pasukan serbuan telah membuat pemeriksaan di dalam premis dan menjumpai 58 kotak pelbagai jenis bunga api dari jenis ‘Pop Pop’ dan ‘Happy Boom’. Penjaga premis gagal menunjukkan permit membawa masuk atau keluar dan menjual bahan letupan dan bunga api,” katanya dalam sidang media yang diadakan di sini hari ini.
Nilai kesemua rampasan yang dibuat dianggarkan lebih RM15,000 dan pihak polis telah membuka kertas siasatan di bawah seksyen 8 Akta Bahan Letupan 19857 dan 39 (b) Peraturan Imigresen 1963.
Pihaknya juga menyeru orang ramai agar segera menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mengetahui wujudnya aktiviti penjualan mercun atau tempat penyimpanan mercun di sekitar kawasan mereka.
Raja Hisyam Raja Zaid
Thu Jan 19 2023

Polis menyeru orang ramai segera menyalurkan maklumat sekiranya mendapati ada aktivi penjualan mercun secara haram di sekitar mereka. - Gambar hiasan

29 lokasi seluruh negara diperkenan untuk melihat anak bulan Ramadan
Pengisytiharan tarikh mula berpuasa oleh Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja akan dibuat malam ini.

Kita suka menghukum tanpa mengenali orang lain - Muhammad Faisal
Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia, Muhammad Faisal Abdul Aziz perkara itu boleh diatasi dengan adanya program-program kunjungan dalam konteks agama dan kaum.

Lans Koperal didakwa terima rasuah RM3,500
Ia sebagai dorongan memulangkan semula barang-barang rampasan kes.

Wan Azizah harap Persatuan Pandu Puteri Malaysia terus berkembang
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan terus berkembang.

Lagenda Knicks Willis Reed meninggal dunia pada usia 80 tahun
Sebelum ini Reed dilaporkan mengalami pelbagai masalah kesihatan berkaitan jantung tahun lepas.

KSM bersedia kendali, stuktur semula program berkaitan TVET
Kementerian Sumber Manusia bersedia memikul tanggungjawab untuk mengendali dan menstruktur semula program berkaitan TVET di negara ini.

Maszlee Malik kembali bergelar pensyarah
Bekas Menteri Pendidikan itu memulakan tugas sebagai pensyarah di University of Cyberjaya.

Malaysia raih potensi pelaburan RM24 bilion dari Korea Selatan - MIDA
Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Korea Selatan baru-baru ini, berjaya menjana potensi pelaburan bernilai RM24 bilion bagi Malaysia.

Pengemis 'buta' bertongkat larikan diri diekori JKM
Individu dipercayai menyamar mengalami kecacatan penglihatan itu melarikan diri sebaik sahaja menyedari dirinya diekori.

Iran sedia pulihkan hubungan ekonomi dengan negara Arab
Iran bersedia untuk menyambung semula hubungan ekonomi dengan semua negara Arab di Timur Tengah berikutan perjanjian mengenai pemulihan hubungan diplomatik dengan Arab Saudi baru-baru ini.

Jabatan Imigresen tahan 61 warga asing dalam serbuan kampung haram
Sebanyak 32 lelaki dan 29 perempuan warga Indonesia termasuk 18 kanak-kanak dan bayi berusia enam bulan ditahan.

Belum ada keputusan sama ada NIISe akan dibatalkan - Saifuddin Nasution
Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan sama ada untuk membatalkan kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) yang diperoleh IRIS Information Technology Systems Sdn Bhd.

MOTAC laksana IMT-GT tahun ini perkasa sektor pelancongan - Tiong
MOTAC akan melaksanakan IMT-GT Familiarisation Trip pada tahun ini bagi memperkasakan sektor pelancongan negara.

Pihak berkuasa Thailand tahan dalang sindiket pemerdagangan manusia
Pihak berkuasa Thailand menahan seorang wanita warga tempatan dipercayai dalang sindiket pemerdagangan manusia membabitkan penyeludupan warga Myanmar ke Malaysia.

Tiga 'transporter' ditahan disyaki bawa masuk 15 pendatang tanpa izin
Operasi berkenaan turut menahan 15 pendatang tanpa izin berusia 24 hingga 54 tahun yang terdiri daripada 12 lelaki dan tiga wanita warga Indonesia.

JIM Negeri Sembilan serbu penempatan haram, 32 ditahan
JIM Negeri Sembilan menahan 32 pendatang tanpa izin termasuk 15 wanita dan seorang kanak-kanak perempuan dalam serbuan di sebuah penempatan haram berhampiran Bandar Ainsdale di sini, awal pagi tadi.

Permohonan, pembaharuan pasport secara 'walk in' masih dibenarkan - Saifuddin Nasution
Sejak COVID-19 hingga hari ini, 2.5 juta pasport dikeluarkan dan daripada jumlah itu, 45 peratus permohonan dilakukan dalam talian.

Ejen pembantu rumah: Datuk, Datin antara 15 individu ditahan
Datuk dan Datin masing-masing berusia 66 dan 56 tahun ditahan di kediaman mereka di Shah Alam, pada 16 Feb lepas.

Warga asing buat 'u-turn' bongkar sindiket penipuan pelaburan dalam talian
Imigresen menahan 23 daripada jumlah keseluruhan 30 warga asing yang terlibat untuk siasatan di bawah Akta Imigresen 1956/63 dan Akta Pasport 1966.

Empat pegawai imigresen ditahan disyaki terlibat seludup migran
Pegawai berkenaan bersuhabat menurunkan cap keselamatan ke atas pasport warga asing itu bagi memastikan perjalanan mereka selamat sampai ke destinasi.