JOHOR BAHRU: Polis menahan dua lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM3.22 juta dalam tiga serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini, Selasa lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata dua rakan berusia 34 dan 38 tahun yang disyaki bekerja sebagai penjaga stor itu, ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, antara 3.15 petang dan 5 petang.
"Hasil serbuan polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah iaitu 119,750 biji pil erimin 5, serbuk ekstasi seberat 5,360 gram, ketamin (903 gram), pil ekstasi (865 gram) dan 'magic mushroom' (270 gram) yang dianggarkan boleh digunakan seramai 145,928 penagih dadah," katanya pada sidang media di IPK Johor di sini hari ini.
Beliau berkata modus operandi sindiket yang mula aktif sejak Januari lepas itu adalah dengan menjadikan rumah berpagar dan berpengawal serta kereta sebagai stor penyimpanan dadah sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.
Kamarul Zaman berkata turut disita aset sindiket yang dianggarkan bernilai RM210,450 melibatkan wang tunai, barangan kemas dan empat kenderaan pelbagai jenis.
Menurutnya saringan awal ke atas kedua-dua individu terbabit mendapati seorang daripadanya positif dadah jenis benzo, manakala seorang lagi mempunyai rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah.
"Dua lelaki itu direman tujuh hari bermula semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Beliau berkata sejak 1 Jan hingga Selasa lepas, JSJN Johor telah menahan 3,967 individu atas pelbagai kesalahan dadah dan merampas 849.22 kilogram dadah bernilai RM9.59 juta serta menyita harta bernilai RM3.89 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 23 2023

Kamarul Zaman berkata dua rakan berusia 34 dan 38 tahun yang disyaki bekerja sebagai penjaga stor itu ditahan sepasukan polis dari JSJN IPK Johor. -Gambar fail/Bernama

JHEAT nasihat 'duda sado' usah tayang badan ketika jual durian
Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) menasihatkan seorang lelaki berbadan sasa yang tidak berbaju ketika menjual durian supaya tidak lagi mempamerkan bentuk badannya.

Tragedi Everest: Keluarga Muhammad Hawari reda SAR ditamatkan
Ahli keluarga pendaki Malaysia Everest 2023, Muhammad Hawari Hashim terima dengan hati penuh hiba keputusan misi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan.

Kalimah Allah: Jangan politikkan sehingga Majlis Raja-Raja buat keputusan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menegaskan baginda telah menyatakan pandangannya berhubung perkara berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penuntut USAS lemas ketika berkelah bersama rakan di Air Terjun Batu Hampar
Perkelahan penuntut Universiti Sultan Azlan Shah di Air Terjun Batu Hampar Padang Rengas bertukar tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas.

Dewan Rakyat: Tuan Ibrahim dakwa Empangan Chereh pecah pada Nov 2021
Tuan Ibrahim mendakwa, kejadian itu menyebabkan simpanan bekalan air minuman di bandar Kuantan melibatkan beberapa loji terjejas.

Ibu, bapa tiri dilepaskan tuduhan cuai cederakan anak
Suami isteri dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, atas pertuduhan bertindak cuai terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, dua bulan lalu.

Polis kesan lelaki bantu siasatan kes bunuh di Klang
Lelaki itu ialah B Perkas Rao @ Rider, 41, yang memiliki empat rekod jenayah lampau dan dua rekod berkaitan dadah.

Tanah rizab Melayu: Tak ada apa yang hendak kita sembunyikan - Saarani
Kerajaan Perak bersedia memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) susulan laporan yang dibuat Ketua Pembangkang membabitkan tanah rizab Melayu di negeri itu.

Sukan tempur kini diklasifikasi sebagai aktiviti sukan di sekolah - Hannah
Klasifikasi itu bagi memastikan atlet sukan tempur di sekolah mendapat pengiktirafan yang setara dengan sukan lain selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).

Jual pasir ke Pulau Pinang: Kenapa tidak? - MB Perak
Perak bersedia untuk menjual pasir dan batu di negeri itu sekiranya ada permintaan dibuat Kerajaan Pulau Pinang bagi membangunkan projek Tambakan Laut Selatan Pulau Pinang (PSI).

Pegawai bank rugi RM53,700 ditipu sindiket kerja sambilan
Seorang pegawai bank mengalami kerugian sebanyak RM53,700 akibat diperdaya sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan sambilan secara dalam talian pada Ahad.

KPDN Labuan lumpuh sindiket seludup minyak kecil-kecilan
KPDN hari ini mematahkan percubaan sebuah sindiket kecil-kecilan untuk menyeludup sejumlah 575 liter petrol bernilai kira-kira RM1,180 dalam satu serbuan dekat sini.

Polis Thailand gagalkan cubaan seludup dadah ke Malaysia
Polis Narathiwat menggagalkan cubaan menyeludup 250 kilogram dadah jenis kristal methamphetamine di Tak Bai, Narathiwat.

Suri rumah rugi RM110,556 terperdaya kerja mudah 'like and share'
Mangsa mendakwa pautan iklan di Telegram pada 30 Mei lepas hanya memerlukan dia membuat tanda suka dan berkongsi video YouTube.

Sindiket guna penduduk kampung beli tanah kerajaan - Mohd Amar
Mohd Amar berkata, berikutan itu, kerajaan negeri tegas tidak akan meluluskan geran hak milik tanah kepada mereka yang terlibat.

Kakitangan kerajaan rugi RM852,000
Seorang kakitangan kerajaan kerugian RM852,000 selepas menjadi mangsa penipuan sindiket menggunakan taktik panggilan telefon yang menyamar pegawai insurans, pegawai mahkamah dan polis.

Pihak berkuasa Filipina beri amaran sindiket pengemis guna kod QR
Foto seorang budak lelaki mengemis di ibu negara Filipina menggunakan kod QR tular di media sosial, mendorong sebuah badan kerajaan mengeluarkan amaran.

Sindiket judi dalam talian: 11 lelaki warga asing diberkas
Taktik sindiket perjudian dalam talian yang berselindung di sebalik sebuah kondominium mewah di Salak Selatan, Cheras dekat sini terbongkar selepas 11 lelaki warga asing diberkas polis pada Khamis.

Ketua sindiket, ahli didakwa edar dadah
Ketua sindiket dadah dan seorang ahlinya didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 21 kilogram minggu lepas.

Polis Itali rampas artifak purba yang dicuri
Pihak berkuasa Itali merampas ribuan artifak arkeologi dan mengeluarkan 21 waran tangkap ketika membongkar satu sindiket pencurian dan penyeludupan peninggalan purba, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).