awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan dua lelaki, rampas pelbagai minuman keras bernilai lebih RM200,000

Bernama
Bernama
05/02/2023
14:29 MYT
Polis tahan dua lelaki, rampas pelbagai minuman keras bernilai lebih RM200,000
Polis menahan dua lelaki dan merampas pelbagai jenis minuman keras berbagai jenama disyaki tidak bercukai bernilai RM269,086 di kawasan Taman Chi Liung, Pandamaran, 31 Jan lepas. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Polis menahan dua lelaki dan merampas pelbagai jenis minuman keras berbagai jenama disyaki tidak bercukai bernilai RM269,086 di kawasan Taman Chi Liung, Pandamaran, 31 Jan lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata tangkapan terhadap dua lelaki berusia 25 tahun itu dilaksanakan sekitar 5 petang apabila Unit Risikan Marin, Pelabuhan Klang menjalankan rondaan di kawasan itu.
"Semasa rondaan dijalankan, pihak polis telah terserempak dengan sebuah lori dan ketika itu kedua-dua lelaki berkenaan sedang memunggah kotak untuk disimpan di sebuah gudang.
Ketika tangkapan dilaksanakan, pihak polis merampas 317 botol dan 7,560 tin pelbagai jenis minuman keras disyaki tidak bercukai. Keseluruhan nilai harga barang rampasan lebih kurang RM269,086.08," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Susulan itu, Cha berkata Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan telah membuka satu kertas siasatan dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan telah menahan reman kedua-dua lelaki berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis tahan
#minuman keras
#tidak bercukai
#Taman Chi Liung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan