Polis menahan dua lelaki Rohingya yang dipercayai terlibat dalam sindiket pemerdagangan manusia dalam serbuan di Kampung Alor Mengkudu, di sini, malam Ahad.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kedah Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad berkata, kedua-dua suspek berusia 30-an dipercayai bertindak sebagai tekong darat bagi sindiket terbabit.
Beliau berkata, secara keseluruhan seramai 14 pendatang tanpa izin (PATI) pelbagai warganegara ditahan dalam serbuan di beberapa rumah pada jam 10.30 malam itu.
"Antara yang ditahan adalah etnik Rohingya selain warga Bangladesh dan Indonesia, yang kesemuanya tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
"Selain dua lelaki Rohingya yang mengaku sebagai tekong darat itu, 10 lagi PATI Rohingya turut ditahan termasuk dua wanita. Selain itu, seorang lelaki Bangladesh dan seorang wanita Indonesia turut ditahan," katanya di sini pada Isnin.
Beliau berkata, dua ahli sindiket terbabit disiasat di bawah Seksyen 26 (A) Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).
Katanya PATI lain disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 iaitu tinggal tanpa dokumen perjalanan yang sah.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Jun 22 2020
Antara lelaki Rohingya yang ditahan dalam serbuan di sebuah kampung di Alor Mengkudu malam Ahad. -PDRM
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Polis tahan dua lelaki Rohingya jadi tekong darat sindiket
Polis menahan dua lelaki Rohingya yang dipercayai terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia.