KUALA LUMPUR: Polis menahan dua lelaki warga tempatan kerana disyaki menyeludup 29,930 kotak rokok dan 2,993 karton rokok putih tidak bercukai dianggarkan bernilai RM300,000 di sebuah premis di Desa Tun Razak, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Muhammad Idzam Jaafar berkata suspek yang ditahan kira-kira 5.30 petang itu, berusia lingkungan 58 dan 38 tahun dan hasil soal siasat, seorang daripada suspek telah membawa polis ke sebuah lagi premis di Jalan Klang Lama, di sini.
"Susulan itu polis menemukan 807 karton rokok jenama M-One warna merah berjumlah 8,070 kotak rokok pada 8 malam itu.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan kesemua suspek ditahan di lokap Balai Polis Salak Selatan, di sini manakala reman suspek dimohon di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah hari ini untuk melengkapkan siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Muhammad Idzam menyeru orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan melalui Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 0083, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berdekatan untuk tindakan segera.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 09 2021

Muhammad Idzam menyeru orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan melalui Hotline Polis Cheras.

'Yasin ubah saya ke arah kebaikan' - Faizal Tahir
Faizal berkata, banyak perkara tentang kehidupan yang dipelajari daripada Yasin, terutama melibatkan hal-hal berkaitan agama dan juga al-Quran.

"Orang Melayu jangan sombong"
Sikap taksub terhadap ideologi politik menjadi salah satu punca kewartawanan Melayu di negara ini 'terbunuh' dan tidak berkembang berbanding pemberitaan dalam bahasa Cina.

Kewartawanan Melayu perlu diperkasakan semula
Kewartawanan Melayu menjadi asas kepada dunia kewartawanan di negara ini. Justeru, Profesor Sejarah Sosial dan Intelektual Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican berpandangan, kewartawanan Melayu perlu diperkasakan semula.

Kerja naik taraf dua terminal feri Pulau Pinang siap sebelum Julai
Kerja-kerja di dua terminal tersebut sudah mencapai 90 peratus dan akan dibuka serentak.

AWANI Ringkas: Bekalan ayam pulih Jun ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Saya fobia dipanggil katak'
Dia kini sedang mengambil pendekatan untuk melihat situasi politik semasa, namun dalam masa sama menyokong kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pelajar kena renjatan elektrik dipindah ke HSB
Mangsa yang berusia 19 tahun itu tidak sedarkan diri selepas memegang corong peniup di kawasan berkenaan yang dilanda banjir kilat.

Jangan salah faham isu Tengku Zafrul calon Parlimen Sungai Besar - Jamal Yunos
UMNO bahagian itu terbuka untuk menerima sesiapa sahaja pemimpin termasuk menteri daripada parti itu untuk membantu Selangor.

Inflasi makanan: Kerajaan laksana pelbagai strategi ringankan beban rakyat
Inflasi makanan adalah fenomena yang melanda seluruh dunia dan Malaysia turut tidak terkecuali merasai kesannya.

Exco kecewa majikan 'degil' biar pekerja tidur atas papan
Kawasan penginapan juga sangat kotor dan menjijikkan termasuk bilik air daif dipercayai terpaksa dikongsi kira-kira 27 pekerja warga asing lebih 10 tahun lalu.

Dicekup ketika punggah rokok seludup RM1.1 juta
Dicekup ketika punggah rokok seludup RM1.1 juta

Peniaga disyaki miliki rokok seludup, ganja
Rokok seludup dan ganja itu dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk dipasarkan di sekitar bandar Tanah Merah.

Sindiket edar rokok seludup lebih RM1 juta tumpas
Sindiket berkenaan menyasarkan buruh binaan warga asing di sekitar Seremban sebagai pelanggan utama mereka.

Lelaki warga asing ditahan seludup 172 kotak minuman keras
Semakan lanjut mendapati lelaki berusia 45 tahun itu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Lari tinggalkan kain batik bernilai RM70,400
MPV itu ditahan pada jam 11 pagi selepas anggotanya mengekori sejauh 30 kilometer (km) bermula dari Pengkalan Kubor.

Polis rampas arak seludup bernilai RM32,000
Polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh berusia 29 tahun pada jam 5 petang.

Banglo jadi stor simpan mercun, minuman keras diserbu
Siasatan di tempat kejadian turut mendapati lebih separuh mercun dan minuman keras yang dirampas dipercayai telah dijual.

Penyeludup beras lari tinggalkan kereta
Anggota PGA terserempak dengan kereta itu yang baru meninggalkan pangkalan haram Kuala Tat dalam keadaan mencurigakan.

PPM rampas pod vape bernilai RM475,000
Kesemua barangan tersebut dipercayai untuk diseludup ke negara jiran.

Polis tahan dua lelaki seludup rokok bernilai RM300,000
Hasil soal siasat, seorang daripada suspek telah membawa polis ke sebuah lagi premis di Jalan Klang Lama, di sini.