awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan empat lelaki, rampas dadah RM4.3 juta

Bernama
Bernama
20/07/2023
08:38 MYT
Polis tahan empat lelaki, rampas dadah RM4.3 juta
Kamarul Zaman (dua dari kiri) menunjukkan rampasan dadah pada sidang media di IPK Johor pada Khamis. -Foto Sinar Harian
JOHOR BAHRU: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan penahanan empat lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM4.3 juta menerusi tiga serbuan berasingan di Kluang pada 17 Julai lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata lelaki berusia antara 22 dan 30 tahun itu ditahan dalam operasi khas Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor yang diadakan dari 6.20 petang hingga 9.45 malam.
Beliau berkata sindiket itu yang dipercayai aktif sejak April lepas menjadikan sebuah rumah teres dua tingkat yang disewa sebagai stor menyimpan dadah, sebelum ia diedarkan ke pasaran tempatan.
"Kesemua yang ditahan merupakan rakan jenayah termasuk seorang daripadanya dipercayai menjadi dalang sindiket ini.
"Melihat pada rampasan yang dibuat, dipercayai dadah tersebut untuk kegunaan kelab malam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Kamarul Zaman berkata dadah yang dirampas adalah 54.33 kilogram (kg) serbuk ekstasi, 7,923 biji pil erimin 5, 1.22 kg ketamin, 346 gram ganja dan 6,564 biji pil ekstasi.
Menurutnya turut disita enam kereta pelbagai jenama bernilai RM432,000, barang kemas bernilai RM12,339 dan wang tunai RM11,000.
Katanya hasil ujian saringan air kencing mendapati tiga daripada yang ditahan positif dadah jenis ketamin dan hanya seorang mempunyai rekod jenayah lampau menerusi semakan yang dibuat.
Beliau berkata kesemua lelaki terbabit direman tujuh hari bermula 18 Julai dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket pengedaran dadah
#Kamarul Zaman Mamat
#ekstasi
#Erimin 5
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan