BALIK PULAU: Polis Pulau Pinang menahan empat wanita dan seorang lelaki yang disyaki menjadi 'keldai akaun' sindiket penipuan berbeza membabitkan kerugian sehingga RM132,580 dalam serbuan sekitar Perak semalam.
Menurut kenyataan di laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, mereka yang ditahan berusia 22 hingga 42 tahun dan dipercayai terlibat dalam sindiket Macau Scam, pelaburan serta pinjaman tidak wujud.
"Bertindak hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis berjaya menahan lima individu itu dalam serbuan berbeza di sekitar Perak dan siasatan mendapati mereka disyaki menjadi keldai akaun kepada beberapa sindiket penipuan.
"Berdasarkan maklumat, jumlah kerugian yang dialami mangsa sindiket ialah RM7,500 hingga RM132,580 membabitkan kes penipuan yang dilaporkan di sini sejak tahun 2020 hingga tahun ini," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan kesemua suspek direman selama tiga hingga empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San berkata pihaknya menahan sepasang suami isteri dan merampas 30 kilogram ganja bernilai RM75,000 dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Malwira, Bukit Mertajam Rabu lepas.
Beliau berkata pasangan berusia 32 dan 36 tahun itu ditahan bersama 29 ketulan mampat ganja yang dipercayai untuk dipasarkan sekitar Pulau Pinang dan mereka dipercayai aktif menjalankan kegiatan tersebut sejak Mei tahun lepas.
"Lelaki tersebut warga tempatan manakala isterinya warga asing dan berdasarkan siasatan, mereka yang tidak bekerja itu mendapatkan bekalan ganja daripada rangkaian sindiket pengedaran dadah.
"Ujian saringan air kencing kedua-dua suspek negatif manakala lelaki berkenaan memiliki satu rekod kesalahan lampau," katanya sambil menambah polis turut menyita sebuah kereta jenis Hyundai Santa Fe dan pelbagai barangan kemas daripada pasangan itu yang bernilai RM28,270.
Tan berkata pasangan itu direman seminggu bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 11 2022

Menurut kenyataan di laman Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, mereka yang ditahan berusia 22 hingga 42 tahun dan dipercayai terlibat dalam sindiket Macau Scam, pelaburan serta pinjaman tidak wujud. - Foto Facebook/IPD Barat Daya

Tambahan kuota haji: Malaysia masih tunggu keputusan Arab Saudi - Mohd Na'im
Mohd Na'im, berkata rayuan kepada kerajaan Arab Saudi bagi penambahan kuota itu sudah dikemukakan sebanyak dua kali pada Januari dan Februari lalu.

Hapus monopoli Puspakom buka ruang tambah baik perkhidmatan - PPIM
Keputusan kerajaan untuk menamatkan monopoli Puspakom bermula tahun hadapan, merupakan langkah wajar bagi menambah baik perkhidmatan yang ditawarkan.

Earth Hour: Matikan suis demi selamatkan bumi
Hari ini, Earth Hour menjadi acara global, dengan lebih 190 negara mengambil bahagian.

Harga dan bekalan ayam jadi tumpuan
Harga jualan dan bekalan ayam sentiasa menjadi tumpuan dalam kalangan pengguna, khususnya golongan peniaga setiap kali bulan Ramadan. Bagaimana pula dengan situasi Ramadan kali ini, adakah harga ayam meningkat? Adakah bekalan mencukupi? Astro AWANI lakukan tinjauan di Pasar Kuala Nerang.

PM berbuka puasa bersama pelajar Malaysia di Madinah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri majlis berbuka puasa bersama pelajar Malaysia di Madinah pada Jumaat. Anwar bersama delegasinya juga diberi penghormatan oleh kerajaan Arab Saudi untuk menziarahi Raudhah dan Makam Nabi Muhammad.

Yew Sin-Ee Yi, Soon Huat-Shevon tempah tiket separuh akhir Terbuka Switzerland
Beregu lelaki negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi terus membawa harapan Malaysia pada Kejohanan Badminton Terbuka Switzerland 2023 di Basel.

Dua terbunuh dalam letupan kilang coklat di Pennsylvania
Kebakaran itu memusnahkan sebahagian daripada kilang coklat R.M. Palmer Company di West Reading, Berks County.

Perkhidmatan rel, bas kendalian Prasarana cecah sejuta penumpang sehari
Perkhidmatan rel dan bas kendalian Prasarana mencatatkan jumlah sejuta penumpang sehari pada 21 Mac lepas (Selasa), jumlah tertinggi sejak negara memasuki fasa endemik.

Tiga beradik dirantai kaki, dua termasuk ibu mangsa ditahan
Ibu kepada ketiga-tiga mangsa berusia 46 tahun ditahan bersama seorang lelaki berusia 31 tahun bagi membantu siasatan.

Tak sedar dua babi melintas
Kedua-dua penunggang berusia 22 dan 35 tahun itu dipercayai dalam perjalanan dari arah Semeling ke Bedong menggunakan Jalan Pintasan Semeling.

Polis tahan tiga wanita disyaki keldai akaun sindiket penipuan
Polis daerah Barat Daya menahan tiga wanita kerana disyaki menjadi keldai akaun oleh sindiket penipuan bagi penghantaran barang, pelaburan mata wang asing tidak wujud dan menyamar sebagai rakan.

Empat ditahan disyaki keldai akaun sindiket penipuan tawaran kerja
Dua lelaki dan dua wanita berusia 26 hingga 43 tahun itu ditahan berasingan di Selangor dan Kuala Lumpur.

Polis Pulau Pinang tahan lima keldai akaun
Polis Pulau Pinang menahan empat lelaki dan seorang wanita yang dipercayai menjadi "keldai akaun" oleh sindiket penipuan tawaran kerja sambilan serta pinjaman wang tidak wujud dalam talian,.

Tiga ditahan disyaki keldai akaun
Tiga suspek itu kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat Seksyen 420 Kanun keseksaan.

Keldai akaun punca 'scammer' bermaharajalela
Keadaan itu berlaku apabila pemilik asal akaun bank berkenaan bertindak menyerahkan butiran kepada pihak ketiga kerana didorong dengan bayaran dan sebagainya.

Polis tahan empat wanita, seorang lelaki disyaki jadi keldai akaun
Polis Pulau Pinang menahan empat wanita dan seorang lelaki yang disyaki menjadi 'keldai akaun' sindiket penipuan berbeza membabitkan kerugian sehingga RM132,580 dalam serbuan sekitar Perak semalam.

Empat lelaki ditahan bantu kes keldai akaun
Mereka dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket pinjaman tidak wujud dalam talian, pelaburan tidak wujud dan Macau Scam.

Sindiket penipuan guna keldai akaun di Melaka meningkat, catat RM12.3 juta
Antara punca peningkatan kes ialah kurang pendedahan terhadap jenayah melibatkan transaksi kewangan dan desakan hidup.

1,364 keldai akaun ditahan di Selangor
Polis Selangor menahan 1,364 individu termasuk 436 wanita disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan dalam talian atau scam di negeri tersebut sejak Januari hingga Jun lalu.

Sindiket 'keldai akaun': Sepasang kekasih antara tujuh ditahan
Kegiatan sindiket itu terbongkar selepas beberapa siri serbuan dalam operasi akaun palsu dilakukan Melaka dan Selangor pada 4 dan 5 Januari lalu.