JOHOR BAHRU: Polis menahan enam individu disyaki terbabit aktiviti pinjaman wang tanpa lesen atau 'Ah Long' menerusi beberapa serbuan di sekitar Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur bermula 28 Jun hingga 1 Julai.
Ketua Polis Johor CP M Kumar berkata operasi itu melibatkan dua pegawai dan 15 pegawai dari Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Cawangan D7 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.
Beliau berkata kesemua yang ditahan berusia antara 35 hingga 51 tahun dan dipercayai menerima upah untuk membuat ugutan jenayah terhadap mangsa yang gagal membuat pembayaran pinjaman.
"Mereka dipercayai bergiat aktif sejak April lepas dengan mendapat upah RM400 untuk menyimbah cat dan RM700 untuk melakukan khianat dengan menggunakan bom botol ke atas rumah mangsa.
"Sindiket ini mengiklankan 'kerja' itu di dalam Facebook yang menawarkan upah bagi melakukan perbuatan khianat secara terbuka bertujuan menakut-nakutkan peminjam serta ahli keluarga mangsa tanpa perlu bersemuka ketua sindiket.
"Mereka ini akan menghantar video setelah perbuatan khianat selesai dilakukan kepada ketua sindiket bagi mendapatkan upah," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya turut merampas barangan seperti enam telefon bimbit pelbagai jenis, nota ugutan, tin cat, pencair, pelitup muka, tiga buah kereta pelbagai jenis serta alat tulis dan pakaian.
Ujian saringan air kencing mendapati lima daripada enam warga tempatan itu positif dadah jenis methamphetamine dan keenam-enam lelaki itu kini direman hingga 14 Julai ini di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.
Siasatan awal mendapati sindiket itu aktif melakukan jenayah di beberapa negeri seperti di Johor, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Perak.
"Dengan tangkapan ini kita berjaya menyelesaikan 24 kes melibatkan kontinjen Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur dan Perak dengan modus operandi yang sama.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 435 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan selain Seksyen 29B Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
Beliau berkata bagi tempoh Januari hingga Mei lepas sebanyak 1,267 kes berkaitan pinjaman wang tanpa lesen dilaporkan dan seramai 347 individu ditahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024

Kumar berkata kesemua yang ditahan berusia antara 35 hingga 51 tahun dan dipercayai menerima upah untuk membuat ugutan jenayah terhadap mangsa yang gagal membuat pembayaran pinjaman. - Gambar fail/FB Polis Johor

Lelaki warga emas maut dibunuh, lima lelaki ditahan
Helmi berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada 3.22 petang Ahad mengenai insiden pergaduhan di pondok itu.

Maldives pelawa syarikat Malaysia teroka peluang pelaburan sektor strategik - Presiden
Maldives mempelawa syarikat-syarikat Malaysia untuk meneroka peluang pelaburan baharu dalam sektor strategik susulan pembaharuan undang-undang di negara itu dalam usaha menarik pelabur asing.

YDF 2025 anjuran PRactitioners tingkat daya saing dalam bidang perhubungan awam
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata komunikasi strategik kini menjadi keperluan utama dalam pembangunan negara dan pertumbuhan generasi baharu.

AS tidak akan mengabaikan suara kolektif ASEAN - Penganalisis
Amerika Syarikat (AS) dijangka tidak akan membiarkan dasar mengenai kadar tarif yang tidak munasabah ke atas negara-negara ASEAN berterusan.

Malaysia, Vietnam sepakat teruskan bantuan kemanusiaan di Myanmar tanpa sekatan
Katanya, adalah penting supaya semua pihak meneruskan gencatan senjata bagi memastikan keselamatan pekerja bantuan kemanusiaan.

Kerajaan disaran guna firewall tapis aplikasi AI tidak selamat
Pembangunan AI perlu mematuhi peraturan keselamatan yang ketat dan tidak hanya bergantung kepada kawalan luaran.

'Scammer' sasar pesara, profesional, kerugian hampir RM9 juta di Kelantan
Kes jenayah penipuan dalam talian atau scam di Kelantan menunjukkan peningkatan berikutan kejadian yang berlaku hampir setiap hari, dengan nilai kerugian mencecah RM8.79 juta.

Terdapat keperluan tambah mesin pengimbas kargo - Kastam
Terdapat keperluan untuk menambah mesin pengimbas kargo di pelabuhan utama negara, kata Ketua Pengarah Kastam Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.

Kerajaan negeri disaran gubal undang-undang perkongsian data - Gobind
Kerajaan negeri digalakkan untuk menggubal undang-undang menyerupai Akta Perkongsian Data 2024 yang berkuat kuasa hari ini bagi memperluas usaha perkongsian data di seluruh negara.

PM Vietnam, Malaysia adakan perbincangan telefon mengenai perkembangan dua hala, serantau
Anwar memaklumkan mengenai inisiatif Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini dalam menangani isu-isu serantau yang turut dibincangkan dalam perbualan mereka pada 6 April lepas.

Sultan Pahang saran MUIP wujudkan Pusat Rujukan JAWI
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan hasrat menubuhkan Pusat Rujukan Jawi Negeri sebagai teras pendidikan, rujukan dan pemeliharaan tulisan Jawi.

Jacquita Gonzales, isteri pramugara MH370 meninggal dunia
Jacquita Gonzales, isteri kepada pramugara penerbangan MH370 Patrick Gomes, meninggal dunia pada Isnin.

MCMC rakam percakapan individu dipercayai hina Nabi Muhammad, agama Islam
Rakaman percakapan lelaki berumur 63 tahun itu dijalankan dengan kerjasama IPD Iskandar Puteri, Johor pada 20 April lepas.

Ramanan mohon JKM bangunkan pusat simpanan barangan kecemasan banjir
Ramanan akan memohon kepada JKM untuk membangunkan sebuah pusat simpanan barangan kecemasan sebagai persediaan membantu orang ramai dalam menghadapi kejadian banjir.

Dr Zulkifli rakam ucapan takziah atas pemergian Pope Francis
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri merakamkan ucapan takziah kepada seluruh penganut Katolik di Malaysia dan di seluruh dunia susulan pemergian Ketua Gereja Katolik Roman, Pope Francis pada Isnin.

Melaka catat 666 kes penipuan dalam talian babitkan kerugian RM19.52 juta
Sebanyak 666 kes penipuan dalam talian membabitkan kerugian RM19.52 juta dilaporkan di Melaka dalam tempoh 1 Jan hingga semalam (Ahad).

Jakim minta MCMC ambil tindakan terhadap pemilik akaun sebar kebencian, menghasut
Jakim minta MCMC mengambil tindakan terhadap pemilik akaun Facebook 'Lyan Liu' yang didakwa menyebarkan kenyataan berunsur kebencian dan hasutan di media sosial.

Wanita hilang RM600,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Seorang penjawat awam wanita menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud membabitkan kerugian lebih RM600,000.

Persiapan pelaksanaan 23 projek air serentak memuaskan - PBAPP
Persiapan bagi pelaksanaan serentak 23 projek kerja air di Pulau Pinang bermula 25 April ini adalah memuaskan, dengan projek tersebut sedia dilaksanakan secara selamat, pantas dan berjaya.

Polis siasat hantaran media sosial hina Agong
Polis menjalankan siasatan terhadap satu hantaran yang tular di media sosial hari ini kerana disyaki mengandungi elemen menghina Yang di-Pertuan Agong.