awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan enam lelaki warga China disyaki terlibat pelaburan tidak wujud

Bernama
Bernama
22/03/2024
14:09 MYT
Polis tahan enam lelaki warga China disyaki terlibat pelaburan tidak wujud
Ahmad Dzaffir berkata kesemua yang ditahan itu, berusia dalam lingkungan 27 hingga 36 tahun dan direman empat hari bermula semalam. - Gambar Bernama
SEREMBAN: Polis menahan enam lelaki warga China selepas disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan pelaburan secara dalam talian tidak wujud, menerusi serbuan di sekitar Seremban 2 di sini, dua hari lepas.
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, kesemua yang ditahan itu, berusia dalam lingkungan 27 hingga 36 tahun dan direman empat hari bermula semalam.
Beliau berkata polis turut merampas 14 unit telefon bimbit, satu set komputer, satu unit komputer riba, seunit mesin pencetak dan 14 keping kad prabayar telefon.
"Hasil siasatan mendapati sindiket ini beroperasi sejak awal Mac dan menggunakan sebuah rumah sebagai pusat panggilan untuk aktiviti pelaburan tersebut, menerusi aplikasi 'Pinduoduo' dan 'QQ'.
Sindiket ini menyasarkan rakyat China sebagai mangsa dan menjadikan kawasan perumahan berpagar sebagai hostel dan pejabat operasi," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, sindiket itu perlu mendapatkan mangsa untuk melabur dalam skim pelaburan emas dan ubat-ubatan, yang kononnya wujud di China.
Ahmad Dzaffir berkata bagi menarik perhatian mangsa, jumlah keuntungan tinggi ditawarkan bagi pelaburan yang bakal disertai namun setelah pelaburan dibuat, pelbagai alasan diberikan bagi mengelak bayaran keuntungan sehingga akhirnya mangsa tidak dapat menghubungi pihak sindiket.
Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 120 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen 1959/1963.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket
#rakyat china
#pinduoduo
#dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan