awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar

Sinar Harian
Sinar Harian
26/04/2024
04:29 MYT
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Ketiga-tiga mangsa lelaki yang berusia 12 hingga 13 tahun itu tampil membuat laporan polis di Balai Polis Machang pada 15 April lalu.
Ketua Polis Daerah Machang, Superintenden Ahmad Shafiki Hussin berkata, pihaknya menerima laporan daripada ketiga-tiga pelajar berkenaan pada jam 12.56 tengah malam.
“Kejadian melibatkan tiga pelajar tahfiz dan polis Machang menerima tiga laporan berkaitan kes.
“Kejadian didakwa berlaku sejak dua tahun yang lalu dan kesemua mangsa ini mendakwa diliwat oleh ustaz di pusat tahfiz berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, di sini, pada Jumaat.
Beliau berkata, susulan laporan itu, guru berusia 39 tahun terbabit ditahan untuk siasatan lanjut.
Menurut Ahmad Shafiki, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan kerana meliwat.
“Suspek direman selama tujuh hari bermula 16 April lalu.
“Tempoh reman kemudian dilanjutkan tujuh hari lagi bermula 23 sehingga 29 April ini,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kes jenayah guru
#guru liwat
#pelajar sekolah tahfiz
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan