Polis menahan seorang juruteknik dan merampas enam kilogram dadah mampat jenis ganja, hasil serbuan di sebuah rumah di Bandar Baru Bangi, Selangor semalam.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri.
Beliau berkata, serbuan yang dilakukan hasil risikan selama dua minggu itu berjaya menemui enam ketulan mampat dadah berisi kira-kira satu kilogram setiap paket yang dianggarkan bernilai RM15,000.
Katanya, pada serbuan itu juga, pihaknya turut menyita kenderaan dan wang tunai milik suspek dengan nilai anggaran RM35,000.
“Kita telah buat tangkapan di mana sepasukan pegawai dan anggota dari Negeri Sembilan membuat serbuan di Bangi, Selangor dan kita berjaya menangkap seorang lelaki Melayu berusia 27 tahun dan merampas anggaran berat 6,000 gram yang merupakan enam ketulan yang kita percayai dadah jenis ganja atau kanabis.
“Sekarang kita tahan reman di Kajang… ini adalah hasil risikan maklumat yang kita buat. Ini rampasan terbesar setakat ini mengenai dadah jenis ganja,” katanya pada sidang media di IPK Negeri Sembilan pada Selasa.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kesemua dadah berkenaan dipercayai bertujuan untuk pasaran di seluruh Negeri Sembilan.
Muhamad Zaki berkata, suspek yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat swasta itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan hasil ujian saringan air kencing juga didapati negatif.
Suspek kini ditahan reman di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan kes disiasat mengikut Seksyen 39(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Raffi Bachik
Tue Jan 30 2018
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, SAC Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan oleh sepasukan polis daripada JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri. - Foto Astro AWANI/Raffi Bachik
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Republik Dominika rampas 9.5 tan dadah, terbesar dalam sejarah
Pihak berkuasa Republik Dominika berjaya merampas 9.5 tan dadah jenis kokain, yang merupakan terbesar dalam sejarah negara itu dengan nilai anggaran mencecah AS$250 juta (RM1.11 bilion).
Rasuah berkait projek RM250 juta: Datuk, penjawat awam direman empat hari
Kedua-dua suspek ditahan kira-kira pukul 5.30 pagi pada Khamis ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sarawak.
Yusoff Rawther mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan edar kanabis
Muhammed Yusoff membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan semula di hadapan hakim ketika kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi hari ini.
Ahli perniagaan Malaysia, dua warga Iran bebas pertuduhan edar dadah
Seorang ahli perniagaan Malaysia dan dua warga Iran terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan hari ini membebaskan mereka daripada pertuduhan mengedar 48.6 kilogram dadah jenis metamfetamina.
60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah
Polis menahan 60 individu termasuk empat warga asing yang berusia 20 hingga 42 tahun kerana positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Sabtu lalu.
Nelayan warga Thailand dipenjara 70 bulan, 10 sebatan kerana miliki kanabis
Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 70 bulan dan 10 sebatan terhadap seorang nelayan warga Thailand hari ini selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki kanabis sebe
Tujuh anggota polis didakwa salah guna dadah
Mereka yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, IPD Yan, dan IPD Pendang didakwa tanpa kebenaran memasukkan dalam badan sendiri dadah berbahaya jenis ketamine dan MDMA.
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.
"Itu bukan saya"- Misha Omar nafi ditahan polis Thailand
Penyanyi terkenal yang berasal dari Kelantan, Misha Omar menafikan dia bukan penyanyi wanita yang ditahan dalam operasi polis Thailand di Sungai Golok, semalam.
Polis kesan Syed Mohammad Faris bantu perbicaraan kes dadah
Syed Mohammad Faris Ismadi Md Akhir, 33, beralamat terakhir di nombor 375, Blok 16, Felda Keratong 9, Muadzam Shah, Pahang.