awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan keldai akaun, mangsa rugi RM39,000

Bernama
Bernama
28/01/2025
15:02 MYT
Polis tahan keldai akaun, mangsa rugi RM39,000
Polis menahan seorang lelaki disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berkaitan pinjaman tidak wujud secara dalam talian, melibatkan kerugian hingga RM39,000 kepada mangsa baru-baru ini. - Foto hiasan
BALIK PULAU: Polis menahan seorang lelaki disyaki menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berkaitan pinjaman tidak wujud secara dalam talian, melibatkan kerugian hingga RM39,000 kepada mangsa baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya ACP Sazalee Adam berkata lelaki 23 tahun itu ditahan di sini semalam hasil maklumat awam dan risikan berhubung kejadian di Bayan Lepas itu.
"Berdasarkan siasatan, mangsa telah membuat 19 transaksi secara dalam talian dengan jumlah keseluruhan RM39,000, namun tidak mendapat pinjaman wang seperti dijanjikan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Beliau berkata lelaki itu kini direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menipu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis tahan
#Keldai dadah
#Polis Daerah Barat Daya
#dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan