awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki bersama lima bungkusan ganja di Jempol

Bernama
Bernama
28/10/2024
13:00 MYT
Polis tahan lelaki bersama lima bungkusan ganja di Jempol
Hoo berkata suspek berusia 33 tahun itu ditahan pada 8.10 malam menerusi operasi bersepadu pencegahan jenayah kontinjen Negeri Sembilan. - Gambar Bernama
JEMPOL: Polis menahan seorang lelaki bersama lima bungkusan ganja dianggarkan seberat 5,000 gram bernilai RM15,500 menerusi Ops Tapis Khas di sekitar Bahau pada Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata suspek berusia 33 tahun itu ditahan pada 8.10 malam menerusi operasi bersepadu pencegahan jenayah kontinjen Negeri Sembilan.
"Lelaki tempatan dari Johor itu ditahan di dalam sebuah kereta jenis Honda City berdekatan sebuah pasar raya. Hasil pemeriksaan, polis menjumpai bungkusan balutan surat khabar yang mencurigakan.
"Pemeriksaan mendapati ia mengandungi ketulan mampat dedaun kering disyaki dadah berbahaya jenis ganja," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata hasil pemeriksaan, lelaki itu tiada rekod jenayah lampau dan ujian air kencing terhadap suspek adalah negatif.
Hoo berkata lelaki itu direman tujuh hari bermula 26 Oktober bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1957.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ganja
#rekod jenayah
#Ujian air kencing
#surat khabar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan