MALAYSIA
Polis tahan lelaki cederakan kanak-kanak perempuan 12 tahun

Balveer berkata polis telah menerima laporan daripada orang awam menyatakan anaknya itu telah diserang oleh lelaki yang berusia 39 tahun dengan menggunakan tukul besi. - Foto Bernama
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki tempatan ditahan kerana disyaki mencederakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun, Sabtu lepas sehingga mengalami pendarahan di kepala.
Ringkasan AI
- Lelaki disyaki serang kanak-kanak dengan tukul: Seorang suspek berusia 39 tahun ditahan selepas dipercayai mencederakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di Johor Bahru, menyebabkan kecederaan serius di kepala dan tangan.
- Rakaman video kejadian tular: CCTV menunjukkan mangsa bermain sebelum diserang, rakaman berdurasi 2 minit 20 saat dimuat naik ke Facebook dan mencetuskan tindakan pihak berkuasa.
- Suspek positif dadah & direman: Suspek yang memiliki rekod jenayah lampau dan disahkan positif syabu, direman tujuh hari dan kes disiasat bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
"Bertindak atas maklumat kejadian yang berlaku di kawasan Flat Ungku Tun Aminah itu, suspek telah ditahan pada 7.25 malam hari yang sama, di kediamanannya di sekitar Johor Bahru.
"Mangsa (kanak-kanak perempuan) telah dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun mengalami kecederaan koyak di bahagian kepala serta bengkak pada tangan kanannya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Hasil semakan mendapati suspek memiliki pelbagai rekod kesalahan lampau jenayah dan dadah, selain positif syabu.
Suspek dibawa ke Mahkamah Johor Bahru dan direman tujuh hari sehingga 2 Ogos. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan dengan jalan menggunakan apa-apa alat.
Terdahulu, tular rakaman berkenaan melalui CCTV dengan berdurasi 2 minit 20 saat yang memaparkan kanak-kanak itu bersama rakannya bermain di bahagian bawah sebuah rumah pangsa, sebelum dia meraung kesakitan dengan kepalanya berlumuran darah.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami