awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki disyaki bunuh anak teman wanitanya

Bernama
Bernama
20/12/2015
23:42 MYT
Polis tahan lelaki disyaki bunuh anak teman wanitanya
Pihak polis menerima aduan daripada jiran suspek yang berusia 2 tahun apabila suspek meminta bantuannya untuk melupuskan mayat mangsa, yang dipercayai meninggal dunia sehari lepas. - Gambar fail
Polis menahan seorang lelaki berusia 39 tahun yang disyaki membunuh anak lelaki teman wanitanya di Kampung Sungai Udang di sini, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Azman Abdul Razak berkata suspek ditahan di rumahnya berdekatan lokasi kejadian pada 7.10 malam bersama-sama seorang wanita berusia 29 tahun, yang dipercayai adik iparnya.
Beliau berkata mayat kanak-kanak berusia empat tahun itu dibaluti tuala putih dan ditemui di dalam sebuah tandas yang tidak digunakan lagi, di dalam rumah itu.
"Siasatan polis terhadap mayat itu antara lain mendapati adanya kesan luka di bahagian kiri kepala serta kesan darah pada mulut dan hidung mangsa.
"Polis turut menemui tuala putih yang terdapat kesan darah dipercayai milik mangsa, sebatang rotan, sebatang paip PVC yang dipercayai digunakan untuk memukul dan mendera mangsa," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, malam tadi.
Azman berkata pihaknya menerima aduan daripada jiran suspek yang berusia 2 tahun apabila suspek meminta bantuannya untuk melupuskan mayat mangsa, yang dipercayai meninggal dunia sehari lepas.
"Seramai 15 saksi di dalam rumah terbabit telah dipanggil membantu siasatan kejadian itu," katanya.
Mayat kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini untuk proses pengecaman.
Topic Berkaitan
#azman abdul razak
#bunuh
#teman lelaki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan