awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Polis tahan lelaki, rampas 10 kenderaan klon di TBS

Bernama
Bernama
18/01/2018
15:36 MYT
Polis tahan lelaki, rampas 10 kenderaan klon di TBS
Saringan air kencing mendapati suspek positif dadah. - Gambar hiasan
Polis menahan seorang lelaki dan merampas 10 kenderaan mewah disyaki kenderaan klon yang diletakkan di tempat letak kereta Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini, semalam.
Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman menerusi satu kenyataan berkata dalam operasi pukul 10 malam itu, pihaknya berjaya menahan suspek berusia 40-an yang memandu kenderaan pelbagai guna jenis Toyota Vellfire di tempat letak kereta itu.
"Pemeriksaan terhadap suspek membawa kepada penemuan sembilan kunci kereta yang diletakkan di dalam begnya.
"Soal siasat mendapati kesemua kunci tersebut milik sembilan buah kenderaan lain yang diletakkan berhampiran Toyota Vellfire yang dipandu suspek," kata kenyataan itu.
Antara kenderaan yang dirampas ialah Toyota Vellfire, Toyota Estima, Nissan Frontier, Toyota Vios dan Nissan Urvan.
Menurut kenyataan itu, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua kenderaan ini menggunakan nombor pendaftaran dan cukai jalan palsu.
"Kenderaan-kenderaan ini dipercayai digunakan untuk tujuan sewaan kepada orang ramai. Saringan air kencing mendapati suspek positif dadah," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#cukai jalan palsu
#Dadah
#Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik
#kenderaan klon
#Kenderaan Mewah
#kunci kereta
#polis
#rampas
#suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan